Khamis, 13 Jun 2013

LEGASI PAS KEDAH YANG MEMUALKAN: SATU RENUNGAN.. Bahagian 1

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Penyakit 'meroyan', antara spesis penyakit jiwa yang sukar diubati. Natijah atau outcome dari penyakit ini menyebabkan pengidapnya sampai ke tahap 'mereben, bercakap sorang-sorang, menyalahkan siapa saja dan mengamuk tidak tentu hala.

Sebab itu 'kekalahan PAS' di Kedah yang sememangnya sudah dijangka dalam PRU ke-13 dahulu sepatutnya disyukuri oleh ahli-ahli PAS. Jadikan kekalahan ini ruang untuk muhasabah diri, UNTUK BANGKIT SEMULA dan membetulkan iktikad perjuangan.

Anda semua ahli-ahli PAS tentu sedar dua faktor dominan punca sebahagian besar rakyat Kedah memenangkan kembali BN iaitu:

1. Dasar pentadbiran PAS tidak lagi pro dan berpaksikan Islam

2. Dasar pentadbiran PAS tidak pro-rakyat

Dalam ertikata mudah, apa yang Islam larang, itulah yang pimpinan PAS buat. Maka Allah murka, umat Islam menilai, akhirnya rumusan dibuat pengundi, PAS tidak layak lagi PAS diberikan amanah kuasa, kerana sebahagian besar mengabaikan prinsip perjuangan yang sebenarnya.

Tidak perlu saya bawakan contoh yang pelbagai dari Langkawi sehingga ke isu 'jerat Cina' di Sungai Kob ataupun hadirnya pusat hiburan terbesar di Alor Setar melalui manifestasi House Bar, Para-Para, Orgy Fire dan View Nite. 

Apa yang saya boleh nukilkan disini adalah pengkisahan 'benar' bagaimana PAS khianat pada Islam dalam ertikata sebenar menerusi penipuan sehingga tersyahidnya Madrasah Salihiah tanggal 3 Januari 2013. Selaku Timbalan Pengerusi Badan Bertindak saya sendiri bersama rakan-rakan melalui detik hina kerana 3 kali ditipu oleh kerajaan Islam PAS dalam soal penggantian tanah dan pengurusan wang pampasan tanah waqaf khas RM1.43 juta yang sepatutnya diurus secara bersama bagi pembangunan semula. 
Sehinggalah kerajaan baru BN terbentuk, anak-anak kariah Jalan Lumpur terpaksa bersolat di surau kecil dalam bangunan JKKP
yang diusahakan oleh Chot Salihiah menerusi duit sakunya sendiri.Kini Ramadhan 'is just around the corner', sakit didada masih berbekam kesan apa yang PAS sudah lakukan.. Tunggulah... Tindakan pasti akan kami ambil.. Dan kini legasi memualkan itu tentulah terpaksa ditanggung oleh BN, jadi tidak perlu PAS melaungkan bahawa mereka cukup Islam dan mahu mengajar kerajaan ini tentang Islam. 

Apapun, siapa dibalik tabir, EXCO PAS mana yang untung melalui 'pakatan syaitan' bersama Belleview akan tetap saya dan rakan-rakan buru hingga ke hari kiamat, tiada pengampunan, dan tidak akan kami halal dan redha dunia dan akhirat. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan memberi pembalasan 'kepada orang berkenaan' di atas dunia ini juga.. agar menjadi bukti dan teladan kepada seluruh umat Islam.

Kini paling terbaru, para pemuka PAS yang sering menyatakan Islam mereka itu 'first class' berbanding Islam anutan Melayu lain galak berkumat-kamit dan berzikir tentang perlunya kerajaan BN menutup semua pusat hiburan yang ada di Kedah. Dalam ingatan kita, berdasarkan hansard sidang DUN, dan paparan dalam media arus perdana sendiri, EXCO perumahan dan Kerajaan Tempatan PAS pernah mengakui lebih 300 lesen pusat hiburan diluluskan sepanjang PAS mentadbir, itu yang 'halal'.

Ribuan lagi yang 'haram' tumbuh bagaikan cendawan dilepas bebas tanpa sebarang aktiviti penguatkuasaan pun oleh PAS. Apa yang mereka ghebangkan dan canangkan kemudiannya itu adalah salah SS (Dato Rasli yang dituduh ejen UMNO) dan 'kuasa' Pegawai Daerah yang meluluskannya.

Padahal prosedur pentadbiran standard yang PAS sendiri faham, semua perkara dasar perlu melalui kelulusan EXCO. Kita sepatutnya bertanya, apa pulak peranan ahli MAJLIS dari PAS ketika itu yang mengangotai MBAS dan Majlis Daerah lain? Apakah mereka turut berkongsi saham 'dosa' yang sama kerana meluluskan pusat maksiat begitu banyak?

Kini, sudah ada desakan dari suara PAS yang patut kita puji mula berperanan dalam ertikata sebenar atas kapasiti kecekapan
mereka selaku pembangkang. Dan diharapkan peranan 'selaku pembangkang' di Kedah mahupun di peringkat Persekutuan dapat mereka pikul buat selama-lamanya. Practice make perfect kata pepatah Inggeris. PAS Kedah mula mendesak, menyalak, melaungkan agar pentadbiran BN segera menutup semua pusat hiburan, pusat maksiat yang dulunya dilulus dan dibiarkan tumbuh bagai cendawan di zaman pemerintahan PAS.

Dan pelawaan para pemuka dan pendokong PAS dalam blog dan suara alam maya mereka yang turut mengajak saya untuk berdemo jika dalam tempoh 100 hari pentadbiran BN gagal menutup pusat hiburan pastinya akan saya sambut dan dengan rela hati saya akan sertai. Cuma syaratnya mudah, perkara mungkar yang berlaku sepanjang PAS memerintah misalnya rasuah, salahguna dana awam, penyelewengan wang anak syarikat kerajaan negeri wajib pendokong PAS bawakan pesalahnya ke muka keadilan.

Biarlah persoalan mencegah kemungkaran ini tidak hanya dilihat berlaku pada orang lain, walhal diri sendiri penuh dengan 'tahi' yang busuk lagi membusukan. Saya tiada masalah, demi kebenaran, demi Islam, demi keunggulan syiar dan syariat Islam saya sanggup turun bukan setakat berdemo, malah dipenjara hatta menemui maut sekalipun, asalkan demi agama. Secara luhur dan ikhlas saya pasti merelakan untuk diri saya berbuat demikian..

Cuma sebelum itu satu sahaja persoalan mudah saya.. KENAPA DULU MASA ISU MADRASAH SALIHIAH NAK DIROBOHKAN, HANGPA PUAK PAS PAKAT DOK PELECE RUMAH ALLAH TERSEBUT? SIAP KELUAR PENJELSAN PEMBOHONGAN PALING BESAR ABAD INI, BUKAN SETAKAT DALAM HARAKAH TETAPI DALAM WARTA DARULAMAN, WARTA RASMI KERAJAAN NEGERI KEDAH.

HANGPA SPIN YANG BUKAN-BUKAN. KAMI NAK BUAT SOLAT HAJAT UNTUK SELAMATKAN RUMAH ALLAH, HANGPA P BUAT REPORT POLIS. TUDUH KAMI NAK LAWAN TUANKU SULTAN DAN SEBAGAINYA.

MAJLIS YANG DIBUAT UNTUK SELAMATKAN TANAH WAQAF KHAS MILIK UMAT ISLAM HANGPA HINA JEMAAH DAN ANAK KARIAH DENGAN PELBAGAI KATA KESAT DAN FITNAH YANG MELAMPAU-LAMPAU?

La ni salah orang lain KESAN 'TAIK' yang ditinggalkan puak pemimpin hangpa sendiri diperbesar sebesar-besarnya. Munafik dan hipokritnya sikap hangpa tak pula nak diakui. Salah hangpa semua puak PAS pada Islam cukup besaq, bukan setakat berdosa dengan Allah tetapi dengan kami selaku umat Islam pun banyak dosa hangpa. Satu patah perkataan minta maaf pun sampai la saya tak pernah dengar.

Justeru persoalan mudah dari saya, layakkah hangpa nak memperjuangkan isu 'amal maaruf nahi mungkar, jika hangpa sendiri tidak ikhlas dan selektif dalam memperjuangkannya'?  Kena tang orang lain salah dan haram, hangpa buat semuanya halalan toyiban, dan baik belaka... 

Fikirlah sejenak... Islam jenis apa sebenarnya hangpa ni?..

Bersambung.....


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates