Sabtu, 22 Jun 2013

LIMA Empangan Besar di Kedah

Harapan KedahTimes kali ini ialah agar perancangan ini menjadi realiti. KedahTimes telah membaca laporan DEIA yang melibatkan Tasik Naok yang bakal menakung air yang disalurkan dari empangan yang bakal dibina di Kuala Ruman.

Dengan ini sumber air yang semakin hari semakin bertambah permintaannya dapat disediakan. Malah kali ini Pulau Pinang tiada alasan lagi untuk tidak membayar air yang yang disalurkan oleh Kedah.

Kepada MB Kedah, segerakan pembinaan Empangan baru ini.

ALOR SETAR 10 April - Kerajaan Kedah merancang untuk membina empangan kelimanya di Jeniang, Sik yang bakal menjadikan negeri ini sebagai negeri 'lima tasik besar' kedua selepas 'lima tasik besar' di Amerika Syarikat.

Menteri Besar, Tan Sri Sanusi Junid berkata, pembinaan empangan itu selain untuk menampung keperluan bekalan air di Kedah, juga akan menjadi tarikan pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata, projek pembinaan empangan tersebut kini dalam proses kajian dan pembinaannya akan dilaksanakan secepat mungkin.

''Masalah kekurangan bekalan air akan dapat diatasi sepenuhnya apabila empangan kelima itu siap nanti,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sanusi bagaimanapun tidak memberitahu kos, tarikh pembinaan serta kapasiti empangan itu bagi menampung bekalan air.

Beliau berkata, Kedah kini mempunyai tiga buah empangan iaitu Empangan Pedu dan Empangan Ahning di Padang Terap dan Empangan Muda di Sik.

Beliau menjelaskan, empangan yang keempat iaitu Empangan Beris di Sik yang menelan belanja sebanyak RM270 juta dan mampu menampung 100 juta liter padu air, akan mula dibina pada akhir tahun ini.

''Kajian yang dijalankan oleh beberapa pihak telah siap dan kini sedang menunggu proses pembinaannya akhir tahun ini,'' katanya.

Kata beliau, kesemua empangan tersebut akan dipopularkan sebagai pusat pelancongan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri 'Lima Tasik Besar' yang kedua di dunia.

Setakat ini, kata beliau, Empangan Pedu berjaya dijadikan sebagai pusat 'agro-tourism' dengan wujudnya beberapa hotel bertaraf antarabangsa di kawasan itu yang mampu menarik para pelancong ke kawasan tersebut.

Beliau menambah, bekalan air yang banyak di negeri ini bukan sahaja terhad kepada kegunaan harian penduduk negeri ini tetapi juga bagi keperluan pertanian khususnya penanaman padi.

Katanya, pembinaan empangan kelima itu juga bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada penduduk di negeri jiran seperti Perlis dan Pulau Pinang.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates