Selasa, 25 Jun 2013

Mahfuz dan Air

KedahTimes petik laporan lawatan YB Datuk Mahfuz bersama ASAS dan TERAS pada 6 Ogos 2005 ke Tasik Pedu untuk melihat tahap air yang dikatakan semakin kurang akibat kemarau.
 
Ada beberapa perkara yang KedahTimes igin utarakan kepada YB Datuk Mahfuz.
 
Pertamanya, kenapa YB senyap dan sunyi apabila kawasan tadahan dirobek dengan rakusnya oleh Kerajaan PAS? Apakah YB  ada saham dalam kerja-kerja robekan ini?
 
Keduanya, jika tahap takungan air dah berkurangan, kenapa selama 5 tahun kerajaan PAS memerintah Kedah tiada apa-apa tindakan diambil untuk menaikkan semula paras air. Malah kerja-kerja menjahanamkan kawasan takungan dilakukan serakus-rakusnya oleh kerajaan Negeri bawah PAS.
 
Ketiganya, YB telah menjadi seorang yang munafik kerana berdiam diri semasa kerja-kerja cuci mangkuk dilakukan di kawasan tadahan, walhal 2005 YBlah yang begitu prihatin sangat dengan paras air Empangan Pedu.

 
YB nak tahu tak yang jika empangan Pedu kering, Empangan Muda juga akan kering kerana air dari empangan muda disalurkan ke empangan Pedu. Ini bermakna air ke sungai Muda akan berkurangan dengan banyak, dan negeri kesayangan YB dan PR iaitu Pulau Pinang bakal menghadapi krisis air.
 
Jadi eloklah sangat YB bawa isu Pulau Pinang perlu bayar kos air kepada Kedah kerana jika tidak tak guna YB perjuangan isu paras air di empangan, atau apakah YB hanya menjaga kepentingan negeri pemerintahan DAP?
 
 
Kata Mahfuz lagi, ini adalah satu keadaan yang cukup membimbangkan, walaupun tahap takungan air di Empangan Pedu masih tinggi, tetapi tahap takungan air yang bakal disalurkan ke empangan terlalu rendah,sehubungan itu beliau mengutarakan beberapa persoalan.
 
1. Kerajaan Kedah semestinya memaklumkan perkara sebenar ini kepada rakyat, bagi membolehkan rakyat dapat membuat persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan mengenai masalah gangguan bekalan air.
 
2. Kerajaan Kedah jangan menyembunyikan perkara sebenar di sebalik krisis air ini kerana Empangan Pedu adalah empangan air terbesar di Kedah dan air dari sini adalah untuk keperluan minum dan juga pertanian Kedah.
 
3. Jangan tunggu sehingga tahap menjadi terlalu kritikal barulah kerajaan mahu bertindak.
 
4. Mewartakan segera kawasan-kawasan tadahan air seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Pusat selepas tindakan menghentikan projek Heli-Havesting di Ulu Muda.
 
Katanya lagi, keadaan ini amat merisaukan para petani yang berkemungkinan besar tidak akan mengerjakan sawah mereka bagi musim kedua 2005 bermula September ini, memandangkan bagi musim pertama enam bulan lalu telah berlaku pindaan jadual tarikh menanam padi.



ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates