Selasa, 18 Jun 2013

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1. Sejak kemenangan besar Parti-parti Pakatan Rakyat dimana mereka telah meraih 88 kerusi Parlimen berbanding 133 Parti Barisan Nasional, Ahli-ahli Parlimen ini telah berasa hebat serta bongkak dan mula menimbulkan isu isu sensitif yang melibatkan kaum Bumiputra tanpa menghiraukan apa yang telah dipersetujui oleh Pemimpin-pemimpin terdahulu dan telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiap hari akan dengar Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tanpa segan silu mencabar Perlembagaan terutama sekali berkenaan Hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputra.

2. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi didalam Negara kita " The Federal Constitution is The Supreme Law of Malaysia" tetapi kenapakah Pengubal undang-undang ini tidak langsung berasa takut dengan mengherdik serta mempertikai undang- undang ini hingga menyakitkan hati orang-orang Melayu dan Bumiputra. Adakah mereka ini buta Perlembagaan atau sengaja mahu membuat provokasi terhadap kaum Peribumi. Saya berpendapat perkara ini dirancang sebegitu rupa dengan niat untuk menjadikan negara dalam keadaan huru-hara dan mudah bagi mereka mengambil alih pemerintahan serta meminda Perlembagaan Persekutuan dan akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara Republik.

3. Ramai diantara kita tidak pernah memiliki atau membaca Perlembagaan Persekutuan maka jadilah kita rakyat yang buta Perlembagaan dan akan jadi Pak turut. Apabila kita buta dan tidak tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan maka kita akan mudah dipesongkan oleh mereka mereka yang mempunyai niat jahat terhadap negara.

4. Mari kita lihat perkataan perkatan dan ayat-ayat yang terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan Melayu dan Bumiputra didalam negara kita. Berpuluh-puluh kali perkataan dan ayat ini diulang didalam Perlembagaan, antaranya :
a.Semenanjung Tanah Melayu
b.Bahasa Melayu
c.Pasukan Askar Melayu
d.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
e.Tanah Rezab Melayu
f. Orang Melayu
g.Tanah Pegangan Orang Melayu
h.Negeri Negeri Tanah Melayu
i.Raja Raja Melayu
j.Mahkamah Tinggi Malaya
k.Memelihara Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra,Sabah dan Sarawak
l.Perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputra jawatan jawatan dalam Perkhidmatan Awam, Biasiswa, Bantuan dan lain-lain Keistimewan Pelajaran atau Latihan
m. Merezabkan suatu kadar mengenai permit atau lesen untuk orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak
n.Adat Istiadat Melayu
o.Pembesar pembesar Adat Melayu

5. Amat jelas Perlembagaan telah digubal demi menjaga kepentingan orang-orang melayu dan Bumiputra, tetapi kenapa ada Melayu yang sanggup mencabar serta memperlekeh bangsanya sendiri?  Jawabnya, melayu ini adalah melayu yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang telah mereka dapat, mereka sanggup lakukan apa saja demi mengejar jawatan dan kuasa. Ada diantara mereka ini telah mengaku mereka ini bukan Melayu lagi dan mereka hanya beragama Islam, bagi mereka bangsa tidak penting. Ada juga yang telah berkata Melayu boleh pilih apa agama yang mereka suka dan Melayu tidak terikat dengan agama Islam.

6. Bangsa MELAYU fikir dan renunglah apa aka jadi pada anak, cucu dan cicit bangsa mu jika ada melayu yang telah sanggup menolak bangsanya sendiri..


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Satu hari nanti Orang Melayu akan dikebumikan secara berdiri kerana telah habis tanah dan hak Melayu diambil oleh pihak lain. Ini bukan salah mereka, tapi salah pengkhianat Melayu yang tak mengaku melayu. Tapi bila ada biasiswa atau sebarang kelebihan dari kouta Melayu, Melayu khianat inilah yang akan beratur paling depan untuk mendapatkan hasilnya. "bukan Melayu inilah yang menyapu projek2 dan jawatan yang diperuntukkan dengan koata Melayu.

Jangan Jadi bangsat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates