Rabu, 12 Jun 2013

MEMBETUL PERSEPSI BUKAN SEKADAR MEMBIARKAN IANYA BERBUIH SEPERTI PEPSI

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Goethler, Menteri Propaganda Hitler berulang kali menyatakan, 'penipuan yang diulang-ulang akan menjadikan penipuan itu ternampak seperti ada kebenarannya'.

Jika mahu dinukilkan frasa berkenaan dan kaitanya dengan pentadbiran DP Mukhriz dan BN di Kedah, realiti itulah yang kini sedang hangat berlaku.

Bukan setakat blogger Kedah La(milik pembangkang PAS totok), malah dari kalangan rakyat biasa, parlimen pokok ceri kedai kopi, tempat kenduri dan handai taulan di  kedohoq turut terkena tempiasnya.

Tidak sampai 100 hari pentadbiran BN di Kedah serangan fitnah kian galak dan menjadi-jadi sifatnya. Dilaga-lagakan pula melalui sumber yang dipetik secara hearsay dan sebahagiannya dihentam keromo sahaja. Maklumlah tidak ramai bloggger yang berani mendedahkan identiti sebenar sepertimana aku, kerana mereka akui hakikatnya berita yang ditulis atau maklumat yang disampaikan lebih banyak auta dari fakta.

Apa yang tidak ditohmah kepada DP Mukhriz, dari isu kuliah agama, bot mewah, rasuah kereta dari tauke LX Mode dan Belleview, campurtangan kononya oleh DP Mukhriz dalam
perlantikan SS dan SFO(State Secretary dan State Financial Officer) sehinggalah percutiaanya ke London selepas PRU ke-13 semuanya mengundang keluh kesah dikalangan pendokong BN diperingkat bawahan.

To confrant and deal accordingly dengan isu-isu seperti ini tidaklah susah. Sudah sampai masanya kerajaan negeri mahupun persekutuan mempunyai 'jurucakap khusus' yang boleh kita kenali dengan nama jurucakap kerajaan negeri. Fungsinya menyampaikan maklumat sahih, benar lagi tepat melalui pelbagai medium, sama ada press release, sms, hebahan radio, tv, flyers, tabloid untuk rakyat di pendalaman dan chanel lain yang difikirkan perlu.

Buatlah edaran dari masa ke semasa secara konsisten dan agresif ke kedai kopi, kedai chatok, kedai nasi Ali, kedai nasi Royal, Old Town Kopitiam, dalam pelbagai bahasa supaya edarannya menjengah hingga ke kedai dan rumah Saw Yee Soon, Singahsari a/l Mutumaniam, Opat a/l Aliat dan di kediaman Awang bin Mat.

Benar, zaman ini sepertimana kata Drucker,'barangsiapa menguasai maklumat dialah menguasai dunia'. Dan sebab itu jentera pejabat penerangan negeri, daerah, JASA, KEMAS, BTN, dan puluhan agensi lain, jangan TIDUR LAGI. Jangan hanya menjadi 'pokok menumpang' yang sekadar indah dari luaran tapi akhirnya semak mata memandang.

Jentera penerangan UMNO dan juga BN tidak patut dibuai mimpi syahdu nan indah lagi. Kita ada KETUA PENERANGAN PEMUDA, KETUA PENERANGAN BAHAGIAN, KETUA PENERANGAN PUTERI DAN KETUA PENERANGAN WANITA. Maknanya dalam satu bahagian ada 4 individu penting, didarab dengan 15 bahagian sudah ada 60 tokoh yang boleh melebarkan suara mereka agar fakta benar disampaikan. Ingatlah berceramah hanya satu kaedah, sembang kumpulan kecil, pengumuman di balairaya ,dewan orang ramai, tazkirah, sembang-sembang, tembak sms ringkas juga satu kaedah penerangan yang cukup ada dampaknya.

Jika hebahan ini sampai ke sasarannya, minda rakyat yang setiap hari diasak dengan hebat oleh kerja-kerja pembohongan pembangkang yang seakan 'gila talak' di Kedah ini akan dapat diminimakan.. BOLEH BUAT KA DAK...???????

*Apapun peranan blogger jalanan dalam mendepani dan menyanggah fitnah pakatan pembangkang di Kedah cukup hebat. Tahniah dan teruskan kesemua usaha murni anda walaupun tidak berbayar..

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates