Selasa, 18 Jun 2013

PAS 4 ALL - ISRAEL 4 ALL

PAS tidak peduli, samada strategi politiknya ini, sesuai atau tidak dengan Islam. Ini ialah kerana mereka mengamalkan dasar "matlamat mengharuskan cara". Meskipun jelas politik membenci ini bertentangan dengan Islam, tetapi inilah kaedah politik yang paling laris dikalangan propaganda PAS dan para pengikutnya. Majlis ceramah PAS akan menjadi lesu dan hambar jika tidak bernada kecaman fitnah dan kata nista terhadap UMNO. Ceramah mereka seolah-olah tidak sah jika tidak mengutuk UMNO dan Pemimpin-pemimpin UMNO. Penulisan blog atau tabloid mereka tidak sah jika tidak menyebut perkara tidak benar atau fitnah.

Politik PAS ini menyimpang jauh daripada Islam. Politik Islam mengajak umat bersatu dan melarang perpecahan, persengketaan dan perkelahian. Ini ialah kerana perbuatan itu membawa kepada kegagalan dan kehancuran. Kehancuran yang bakal menimpa umat ini dan bangsa Melayu, jika terus bersengketa dipandang ringan oleh PAS. Kerana mereka tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tragedi yang akan berlaku. Yang penting bagi mereka ialah menghancurkan UMNO. UMNO bagi mereka adalah musuh yang lebih dibenci oleh mereka daripada Yahudi. Inilah perasaan yang ada di dalam hati sanubari pemimpin dan pengikut PAS. Mereka hilang pedoman dan lupa peringatan Nabi s.a.w.

Ertinya : Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.

Politik membenci terhadap sesama Islam tidak ada di dalam agenda politik Islam. Bahkan orang yang melakukan kesalahan dan dosa sekalipun, tidak harus dibenci. Orang tersebut dengan penuh kasih sayang hendaklah diselamatkan daripda api neraka yang akan diterimanya jika ia terus melakukan maksiat. Ia hendaklah diberi bimbingan dan nasihat supaya meninggalkan maksiat. Jika perlu dihukum, ia dihukum dengan adil tetapi dilarang menghinanya. 

Demikianlah keindahan politik Islam. Keindahan ini sedang dicemari oleh parti PAS yang memperjuangkan pembentukan negara Islam untuk membangun sistem Islam. Mereka sepatutnya memulakan pembangunan sistem Islam dengan memperbaiki tingkah laku politik mereka supaya bersesuaian dengan ajaran Islam. 

Mereka seharusnya meninggalkan politik maki hamun, memfitnah, mencela, mengkafirkan sesama Islam dan lain-lain perbuatan yang tidak selaras dengan tuntutan Islam. Sekiranya mereka gagal di lapangan ini, harapan untuk mereka mendirikan negara Islam dan membangun sistem Islam dalam pelbagai bidang akan bersua dengan maksud kata pepatah "jauh panggang dari api".

PAS kini sudah lama wujud di Malaysia. Tetapi kenapa masih menanamkan sifat benci sesama rakan UMNO. Ini yang menjadi persoalan sekarang.

Apakah PAS sebenarnya ? Jamaah Islam atau agen pemecah belah Islam?



9 comments:

pelita minyak gaih. berkata...

dok kira pas dengan umno.umno dengan umno lagi kalut.

life is not a fairy tale dude berkata...

Pas dengan Pas pun sama jugak.

I support I.S.A.

Tanpa Nama berkata...

pas kuli dap kafir harbi

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno jangan jadi macam ketam....

pas zaman sikalang berkata...

pas la ni parti cari makan.depa pun dah tau betapa syoknya jadi mb dan exco.dulu adun sahaja.exco pompuan depa dah nampak segak.pandai besiap.depa kataaa laaa.

Tanpa Nama berkata...

PAS 4 ALL DAN ISRAIL 4 ALL, SAMA LAH TUUUHH...

LA NI DEPA NAK UBAH PERLEBAGAAN NAK MASUKKAN AHLI KELAB PENYOKONG PAS DALA KALANGAN ORANG KAFIR.

MACAM MANA NAK JALAN HUKUM ISLAM? MACAM KHALID FI'AUN DALAM PAS DI SHAH ALAM NAK UBAH INEKMEN UGAMA ISLAM SUPAYA SESUAI DENGAN 'ISLAM 4 ALL'.

KITA HARAP, KDYMM DULTAN SELANGOR TGHAJANG MUKA KHALID YANG PANDAI2 NAK TUKLAQ INEKMEN UGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

Tengok artikel atas tu cukup cantik cerita pasai Islam larang politik kebencian tapi bila baca sampai ke bawah + komen2 tuh jelas bertujuan timbulkan kebencian terhadap pihak lain@PAS..TAK PA PULAK DAH BILA UMNO BUAT.. ihh tak paham aku. Inilah bahananya bila ambil APCO@Yahudi jadi penasihat...

Tanpa Nama berkata...

Tak paham ka artikel tu? Dok highlight kerja2 buruk PAS supaya sedar diri. Heheh baca dgn hati terbuka

BENCI PAS berkata...

ape le pas nih..
kate persatuan islam..
tapi bersekutu ngan kapir...
pas & dap..
ape tuh??
tak pernah pikir ke??

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates