Selasa, 18 Jun 2013

PAS 4 ALL - POLITIK KEBENCIAN

Dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Jamaah Islam dan wadah perjuangan Islam tulin, PAS bertanggungjawab menjelaskan Islam sebagai dasar dan sistem kehidupan yang menyeluruh. Dengan kenyataannya bahawa matlamat politik nya ialah menegakkan negara Islam, PAS bertanggungjawab menjelaskan sistem politik bagi negara Islam yang hendak dibentuknya di zaman moden ini. Apakah dasar-dasar Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS didalam bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, perhubungan luara dan sebagainya. Tugas dan tanggungjawab inilah yang sepatutnya dikemukakan oleh PAS di dalam kegiatan politiknya, sekiranya ia benar-benar sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Jamaah Islam.
Tetapi apa yang sepatutnya dilakukan oleh PAS itu tidak ada keupayaan untuk dilaksanakan. Ini ialah kerana pemimpin PAS tidak mempunyia cukup kelayakan ilmiah untuk berbuat demikian. Bahkan di dalam melaksanakan agenda Islam, PAS tidak menyaingi UMNO yang bukan sahaja beriltizam kepada perjuangan menegakkan agama dengan kata-kata tetapi melaksanakan agenda pembangunan agama secara yang terbukti dengan kemajuan yang dicapai oleh negara dan rakyat di dalam bidang keagamaan. Kejayaan yang dicapai oleh UMNO di dalam perjuangan Islam diakui oleh PAS. PAS akan menjadi tidak relevan lagi dalam perjuangan Islam, jika ia tidak melakukan sesuatu yang boleh memperkecilkan perjuangan UMNO.

PAS dari dulu kini hanya mempunyai satu agenda UTAMA iaitu menjatuhkan UMNO. Tiada ada dalam perjuangan PAS untuk melawan MCA. MIC, Gerakan, PKR, DAP dan lain-lain. Sasaran utama mereka ialah menjatuhkan sebuah parti yang didokongi oleh Melayu Islam. Misi ini adalah sama dengan misi zionis untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan yang ditunjangi oleh pemimpin Islam.

PAS tidak mempunyai cara lain untuk mengecilkan perjuangan UMNO, melainkan menanamkan bibit kebencian dikalangan ahli-ahli dan penyokongnya kepada UMNO. Apabila benci menguasai tidak ada lagi kebaikan yang dikenang. Benci akan menutup mata hati, sehingga melihat segala-galanya dengan cemuhan dan jelek. Seperti kata Imam Shafie:

Mata yang rela melihat kecil sagala keaiban sama seperti mata kebencian melihat segalanya penuh keburukan.

Politik kebencian menjadi agenda utama dakyah PAS di dalam usahanya untuk mengekal perjuangannya supaya terus relevan. Tidak ada yang lebih menimbulkan kebencian selain daripada melabelkan UMNO sebagai kafir. Seorang pemimpin PAS dari Besut pernah berkata "Jika UMNO tidak kafir, lebih baik kita menyertai UMNO daripada menyertai PAS". Seterusnya UMNO dilabelkan sebagai sekular, anti Islam, agen Yahudi dan berbagai label yang kesemuanya untuk menanamkan kebencian kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Ust Azhar Idris dalam kuliyah politiknya melabelkan UMNO dulu kini dan selamanya sekular dan bakal ke neraka. Walhal kehidupan harian beliau hanyalah dengan berceramah dan mengutip keuntungan tanpa secara praktikalnye melaksanakan syariah Islam. Yang mampu dilakukannya hanya berkawin dengan anak dara; amat berlawanan dengan saranannya semasa berceramah supaya mengutamakan janda beranak ramai yang susah.

Di Kedah umpamanya, PAS tidak berupaya melakukan apa-apa pembaharuan ke atas ekonomi, budaya, sosial dan agama. Apa yang sering dilaungkan ialah apa yang telah dicapai oleh kerajaan sebelumnya. Dan untuk mengelabui mata penyokong mereka, politik kebencian ditanamkan didalam ceramah-ceramah mereka.

Beginilah sikap jemaah Islam sebenar? Tepuk dada tanya  ....


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Khald Samad, Sallehuddin Ayob, Mahfuz Omar, Mujahid Yusuff Rawa, Nizar Jamaluddin, Mansur TKM Pulau Pinang, Idris Ketua Penerangan PAS, Husam Musa dan banyak lagi para ardigon PAS yang mengepalai 'PAS 4ALL'.

NikAziz, kerana nak jadi MB Kelantan selama-lama jadi pak turut dan tukang bagi fatua ikut hati yang dengki dan jumud.

Ustaz Azizan, nak jaga, jika tak ikut ardegon dia pun dalam bahaya. Mahfuz akan cari jalan dan rampas kuasa.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates