Rabu, 12 Jun 2013

PAS adalah kilang Fitnah

Belumpun cukup 2 bulan (60 hari), DP Mukhriz menjadi MB Kedah, PAS sudah mula menonjolkan perangai semula jadi mereka. Jika isteri kita bersalin, mereka diberi cuti rehat 60 hari atau lebih. 

Tapi untuk PAS dalam bab mengeluarkan fitnah, tiada pantang larang. Kalau dalam bisness orang Islam selalu kata yang Cina tiada pantang larang sebab itu mereka boleh venture dalam apa saja jenis bisnes, tapi bagi PAS dalam menghina, mencaci, memaki dan menfitnah, mereka tiada pantang larang. 

Hatta bekas Pesuruhjaya PAS Kedah pun mereka hina dan fitnah.

Kini kilang fitnah PAS sudah bergerak hebat mencari idea bagaimana nak memburuk-burukkan MB Kedah yang baru. Pelbagai cerita fitnah yang tiada fakta direka semata-mata untuk menimbulkan perasaan benci rakyat kepada MB dan BN.


Sebut saya fitnah dan benci, kedua-dua ini memang disebut dalam ajaran Islam akan kerosakan yang boleh dibawa.

Cuma PAS mungkin tidak pernah baca bab ini. Jadi KedahTimes sebut serba sikit dibawah tentang kedua-dua bab ini. Kalau masih tak sedar diri lagi, elok kita tukar nama PAS saja.

Parti Ajaran Syaitan! Parti Agama Syaitan! Parti Ajakan Syaitan!  Parti Antu Setan! Parti Ajaran Songsang!

Apakat kita tukar bermula dari sekarang!

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh diertikan bahawa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain dikalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Firman Allah SWT :
   "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela serta menyebarkan fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik, melampaui batas lagi banyak melakukan dosa." (Al-Qalam : 10-12)

Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.

Firman Allah SWT :
   "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al-Baqarah : 217)

Firman Allah SWT :
   "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (memfitnah) wanita-wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar." (An-Nur : 23)

Rasulullah SAW bersabda :
   "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah." (HR.Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)

Oleh kerana itu, bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan. Maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates