Selasa, 11 Jun 2013

PAS Patut Arahkan Lantikan Politik Berundur Dari GLC

Kita faham, PAS lebih selesa dikedudukan sebagai pembangkang, kerana realitinya lebih mudah menyerang dan membuat fitnah daripada bekerja mensejahterakan rakyat dalam ertikata yang sebenar.

Namun, kerana terlalu sibuk hendak menyerang UMNO Kedah dan MB, mereka terlupa bahawa pembangkang pun ada tanggungjawab untuk dilaksanakan.

Tanggungjawab yang pertama ialah, apabila sudah kalah, tahu berundur sendiri lah. Bukankah rakyat sudah kata "lain kalilah" kepada slogan "ini kali lah" tajaan Kit Siang. Jadi berundurlah..

Sebagai pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Mahfuz perlulah bekerja keras sebagai pembangkang yang berwibawa di Kedah. Sebagai permulaan, arahkanlah lantikan politik PAS undur diri secara terhormat, jangan jadi tunggul mati dan menjadi batu penghalang dalam jabatan-jabatan, SLC dan majlis-majlis kerajaan tempatan negeri.

Rakyat sudah memilih BN/Umno untuk mentadbir Kedah, dan sebagai Parti yang mementingkan rakyat pagi petang siang malam melaung kepentingan rakyat, itu rakyat..ini rakyat..berundurlah.

Bukankah, suara rakyat suara keramat.. kenapa menongkah hasrat rakyat. Kita bukan bercakap tentang orang-orang PAS yang memang bekerja dengan kerajaan melalui laluan profesional, tetapi lantikan politik PAS yang dibuat sepanjang memerintah Kedah selepas memenangi Kedah pada 2008.

Bukanlah BN/Umno itu kejam mahu memecat sesuka hati, tetapi sebagaimana Pas dulu menganggap jawatan-jawatan tertentu perlu dibuat atas dasar politik, maka pandangan Pas terhadap kedudukan-kedudukan tersebut perlulah konsisten apabila tidak lagi berkuasa. 

Jangan pula nanti, akibat sikap tidak malu segelintir lantikan PAS yang masih lazat melahap, rakyat akan memandang PAS sebagai hipokrit dan tidak boleh dipercayai. Janganlah kepentingan sendiri lebih penting di mata PAS berbanding dengan kehendak rakyat.

Kalau hilang kredibiliti dan maruah PAS di Kedah akibat mahu kekal dikerusi empuk, bagaimana "check and balance" dalam sistem pemerintahan negeri akan berlaku. 

Pembangkang pun mahu isi poket sendiri sahaja kata rakyat. Oleh itu.... Jadilah pembangkang yang tulen dalam politik...

UNDURLAH....
ads


 



3 comments:

Tanpa Nama berkata...

tolong lah wahai puak2 pas kedah, letaklah jawatan atas lantikan politik seperti:-
1:- letaklah jawatan senator yg wakili kerajaan kedah
2:- letaklah jawatan2 CEO syarikat GLC kedah,dalam BDB,KHTP,Binak,kedah sato,kedah corp,dll banyak lgi,
3:- letaklah jawatan2 ahli2 majlis daerah,
4:- letaklah jawatan2 yg berkenaan dgn lantikan atas dasar parti
nota:- ingatlah det khalid dan rakan2 nya dlu dah buat yg sgt baik, semua letak jawatan, sampai JKKK pun letak jawatan,
NOTA:- dah kalau tak mau letak juga, maka kita harap BN ambillah langkah2 melantikan pegawai2 yang baru pula...........
PUAK NI DOK SIMPAN PUN TAK ADA GUNA NYA, menghabiskan beras sja,

Anak Bukit Jelutong berkata...

Salam.

Laa, awat depa tak berundur lagi ka ?

Eloklah berundur.

Siberangan berkata...

Dok minta mintak apaaa puak ni letak jawatan....?. Halau jeeeerrr puak PAS n PKR yang dok pegang jawatan lagi dalam GLC tuuuu.... Nanti depa dok songlap lagi apa yang ada dalam tuuuu...!!!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates