Rabu, 26 Jun 2013

Peduli apa aku

Memang benar kata para blogger yang berada di Kedah.

Apapun blogger tulis dalam blog dan kemudian tweet ke twitter serta autopost kat wall di Facebook, pemimpin besar UMNO Kedah tidak pernah peduli. Malah Pengerusi BPUNK tak kisah pun. Lantak la hangpa nak tulis apapun.

Di Kedah mana orang pakai internet sangat. Orang Kedah terutama yang berada di kampung-kampung mana tahu pasai internet. Depa masih pakai phone sekupang dua kupang lagi. Samrtphone dan tablet jauh sekali.

Apa yang blogger tulis mana sampai kepada mereka ini. Sebab tu bila blogger-blogger Kedah serang tentang syiah, KHTP, pendapatan kerajaan banyak dari cukai hiburan, SULIHH, dan macam-macam lagi, puak PAS tak leh nak jawab. Malah orang-orang kampung tak tahupun semua pendedahan ini. Sebab utama depa mana tau tentang internet.

Jadi, tak payahlah blogger Kedah mendedahkan apa-apa tentang pembangkang Kedah kerana orang Kedah tak bacapun. Depa lebih banyak dapat maklumat tulisan blogger dari Kuala Lumpur.

Maklumlah ramai orang Kedah menetap di Kuala Lumpur dan kadang-kadang depa balik kampung dan cerita pendedahan blogger-blogger Kuala Lumpur kepada ahli Keluarga mereka. Harapkan orang Kedah sendiri nak baca blog hangpa, berapa kerat sangat. Entah-entah kawan-kawan hangpa saja yang baca.

Tapi tak apalah, Perhubungan UMNO Kedah rasakan penggunaan media sosial dalam menjawab dan menyebar maklumat tidak sepenting ceramah atau media konvensional.

Red Bean Army berjaya mengembeleng seluruh tenteranya menipu orang Cina bahawa orang Melayu akan ditewaskan dalam PRU13.

Orang Cina TERTIPU dengan Red Bean Army (aka DAP) dalam percubaan menipu orang Melayu. Tapi mereka gagal kerana maklumat dan tipudaya mereka dapat disalurkan dengan cepat melalui media sosial.

Walaubagaimanapun KedahTimes nak ucapkan tahniah kepada Pengerusi BPUNK kerana berjaya menawan kembali Kedah dari PR tanpa bantuan dari blogger-blogger tempatan.

Blogger-blogger Kedah mana ada classs!

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Depa bgaduh sakan niii... !!!!!!????

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates