Selasa, 25 Jun 2013

Pengerusi BPUNK : Bila lagi?

Hari sudah 25 Jun 2013. 6 Mei 2013, BN telah ambilalih Kedah dari PAS dan DP Mukhriz telah dilantik menjadi MB Kedah yang baru.

Nampaknya perjalanan parti tidak berjalan dengan mudah kerana Pengerusi BPUNK masih belum MB yang menjaga negeri. Semua keputusan parti agak sukar dikeluarkan oleh MB kerana ketua parti adalah orang lain.

MB sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan arahan takut ianya berkait menjadi arahan parti. 

Bila KedahTimes baca kenyataan Bashah dibawah dan disiarkan dalam Utusan Malaysia, ianya seolah-olah seminggu lepas itu Pengerusi BPUNK akan dikosongkan, tapi nampaknya sehingga ke hari ini tidak menjadi kenyataan.

Keputusan parti dibuat oleh Bashah malah kekadang tidak selari dengan arahan kerajaan negeri. Walhal yang memerintah ialah UMNO dan BN.

Malah ada angin-angin bertiup kencing, Bashah lebih menilai tinggi blogger luar Kedah dari blogger Kedah sendiri sehingga sanggup berbelanja lebih. Betul ka?

Walau apapaun, KedahTimes seru Bashah agar lepaskan jer jawatan Pengerusi BPUNK tu. ADUN sudah dapat, Timbalan Menteri pun dah dapat. Apa lagi yang Datuk nak?

Bashah sedia lepas jawatan kepada Mukhriz

Oleh SAFINA RAMLI

ALOR SETAR 9 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bersedia melepaskan jawatannya kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir pada bila-bila masa.

Ahmad Bashah berkata, beliau yakin pertukaran jawatan itu akan berlaku kerana adalah lumrah Menteri Besar akan memikul amanah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Saya sudah lama dalam parti jadi saya faham mengenai perkara ini. Selalunya Menteri Besar akan jadi Pengerusi supaya perjalanan parti akan jadi mudah," katanya.

Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata demikian kepada pemberita dalam majlis majlis kesyukuran Parlimen Alor Setar di Stadium Suka Menanti di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates