Isnin, 24 Jun 2013

Penipu dan Tertipu

KedahTimes dapat merasakan betapa hampanya mereka-mereka yang menyertai perhimpunan membantah keputusan PRU13 yang lalu.
 
Mereka sanggup tidur di atas tar yang panas, tedur dalam khemah serta menghabiskan wang ringgit untuk menyertai perhimpunan membantah SPR dan keputusan PRU13.
 
Kalau KedahTimes, sudah tentu luluh remuk redam rasa dihati kerana segala pengorbanan selama ini tidak dihargai malah dipermain-mainkan begitu saja.
 
Alih-alih beliau mengangkat sumpah menjadi wakil rakyat, walhal masa berceramah di perhimpunan, beliau menyeru memboikot dan sebagainya.
 
Apakah anda semua masih suka ditipu oleh hipokrit Anwar bin Ibrahim ini? Ingatlah dalam sekelip mata Anwar boleh bertukar wajah dan matlamat perjuangan. Anda semua hanya jadi bahan mainan beliau.
 
Ini ikrar yang baru disebut Anwar pada pukul 11:50 pagi

 "Saya  Dato Seri Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan."


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates