Selasa, 25 Jun 2013

Pulau Pinang Kena Bayar air yang diambil dari Sg Muda

KedahTimes cadangkan supaya Pulau Pinang buat surat rasmi memohon membeli air dari Kedah. KedahTimes pasti yang Kerajaan Negeri Kedah mengalu-alukan surat tersebut.
 
Maklumlah air di Pulau Pinang tidak pernah cukup. KedahTimes takut rakyat Pulau Pinang terpaksa mandi air laut jika empangan Muda tidak lepaskan air ke dalam Sungai Muda.
 
Cuba turunkan perasaan ego dan buat surat rasmi yang 'kami kekurangan air', maka kami berhasrat untuk mendapatkan air dari Kedah. Maka duduklah berbincang term & condition nya.
 
Tapi KedahTimes dapat rasakan yang Cina DAP ni ego mereka sangat tinggi. Mereka mana percaya kekuasaan Tuhan, mereka hanya percaya pada duit saja tapi itupun kedekut untuk membayar air kepada Kedah, bayar kepada RBA sanggup pulak. Maklumlah nak jatuhkan bangsa Melayu.
 
Perlu diingat Bangsa Melayu jika diancam, mereka akan lebih bersatu. DAP boleh menipu segelintir Melayu tetapi DAP tidak boleh menipu semua Melayu.
 
Sekali lagi KedahTimes syorkan supaya tulis surat kepada Kerajaan Kedah memohon membeli air. Senang kannnn.
 
BUKIT MERTAJAM - Para petani di Pulau Pinang bakal berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air untuk pertanian sekiranya sistem penyimpanan air tidak dilaksanakan di negeri itu.
 
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid ketika melahirkan kebimbangan itu berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mencari kaedah yang terbaik bagi membantu petani di negeri itu agar masalah itu dapat diatasi.
 
Katanya, walaupun kawasan pertanian di Pulau Pinang lebih kecil berbanding Kedah dan Perak, negeri itu tidak mempunyai sumber takungan air sendiri.
 
Sebaliknya jelasnya, kesemua kawasan pertanian di negeri itu terutama bagi kawasan sawah masih bergantung kepada sumber air yang dialirkan dari Sungai Muda di Kedah dan Sungai Bukit Merah di Perak.
 
"Walaupun Pulau Pinang mempunyai beberapa empangan, ia hanya dikhususkan untuk kegunaan harian dan air di empangan sebenarnya masih tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang," katanya selepas merasmikan stor simpanan baja pada Majlis Ramah Mesra Pihak Pelaksana Koridor Utara (NCIA) di Jabatan Pertanian Bukit Merah, Permatang Pauh di sini semalam.
 
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq dan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, Elias Saad.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates