Sabtu, 22 Jun 2013

Salurkan Semua air ke Empangan Pedu

Sudah diketahui yang Emapangan Muda sebenarnya menyalurkan air kepada Empangan Pedu untuk disalurkan ke kawasan sawah-sawah di MADA.  Jadi bermula dari sekarang salurkan semua air Empangan Muda ke Empangan Pedu melalui terowong yang disediakan, terowong saiong.

Jangan lepaskan air dari empangan muda ke sungai Muda. Maksimumkan pengaliran air ke kawasan MADA.
Empangan Beris yang masih muda, takung saja air se maksima yang mungkin buat sementara waktu dan kita lihat reaksi Kerajaan Pulau Pinang. Ini kerana:

Sungai Muda merupakan sumber air utama untuk negeri ini di mana 80% daripada sumber bekalan air bersih negeri diperolehi daripada Sekim Sungai Muda. Namun demikian memandangkan simpanan air mentah bagi Negeri Pulau Pinang pada masa kini hanya mampu menampung keperluan sebanyak 650 juta liter sehari sedangkan permintaan sebenar ialah 740.86 juta liter sehari maka jika berlaku kemarau panjang, Pulau Pinang akan menghadapi krisis bekalan air dan terpaksa meminta bantuan dari Negeri Kedah untuk melepaskan takungan air dari Empangan Pedu untuk disalurkan ke dalam Sungai Muda.

Sudah bertahun-tahun Kedah membantu Pulau Pinang, kini sudah tiba masanya bantuan tersebut perlu dibalas balik oleh Pulau Pinang.

Bayar .... Bayar.. Bayar... Bayar ke atas air yang digunakan


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates