Selasa, 18 Jun 2013

SIDANG DUN BAKAL PANAS atau PANAS!

Sidang DUN Kedah yang pertama sejak diambilalih oleh BN bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Harap isu-isu yang bakal dibawa bakal memberi impak yang besar kepada harapan rakyat Kedah.

Isu-isu remeh-temeh tak perlulah dibawa masuk sidang DUN. Yang boleh diselesaikan di luar DUN, selesaikanlah. Semoga barisan exco dapat menjawab dengan tepat sebarang pertanyaan, cadangan dan sebagainya. Bukan berputar-putar macam merry go round jawapannya.

Harap juga peristiwa PANAS juga tidak berulang sehingga keutamaan kepada rakyat diketepikan. Selamat bersidang


Persidangan DUN negeri Kedah ditangghkan sehingga Ahad ini disebabkan oleh keadaan Dewan yang agak panas kerana masalah penghawa dingin yang tidak berfngsi dengan baik.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).



"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 Nov)," katanya.


Apakah panas sangat ka dewan sehingga terpaksa membatalkan perbahasan berkaitan dengan keperluan rakyat? Atau mungkin Ketua Pembangkang juga berfikiran seperti YB-YB Kerajaan? 

Sepatutnya sediakan kipas angin jika YB-YB amat ambil berat tentang rakyat dan segera membahaskan apa-apa keperlan rakyat. Apalah yang lebih penting selain rakyat?

Mungkin selama ini tiada isu panas dalam dewan sehingga semua YB tidak pernah merasa panas dan apabila air con rosak sedikit mereka sudah tidak tahan dengan kepanasan sekitar?

Sekali sekala saya rasa biarlah kita rasa macamana petani-petani yang berjemur kepanasan di tengah bendang. Jangan asyik nak selesa saja.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Harap dapat bongkar semua penyelewengan oleh kerajaan PAS. Minta bekas EXCO PAS dulu yang jawab. Kita tengok apa jawapan mereka...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates