Isnin, 24 Jun 2013

Sungai Merbok - YB Boleh Tolong Kot..

http://1.bp.blogspot.com/-KGhLk8YYDlQ/UTvbynvfEaI/AAAAAAAAJtc/g6TrspvL-WU/s1600/gelombang-merah-kedah+%25281%2529.jpg

1.  Kita selalu berpendapat kegiatan nelayan adalah yang membabitkan nelayan yang bekerja dengan bot-bot besar atau penampang-penamnpang yang keluar saban hari menangkap ikan di laut.

2. Sedangkan maksud nelayan adalah terpakai kepada individu-individu yang berperahu kecil yang beroperasi melalui sampan dan rakit bagi mencari rezeki di sungai ataupun laut.

3.  Nelayan juga merangkumi individu yang memasang pompang, bubu dan pukat yang menjadi alat untuk menangkap ikan di sungai.

4.  Berbeza dengan pengusaha sangkar. Mereka menternak ikan dengan cara meletakkan benih-benih ikan di sangkar serta memberi makan ikan dengan makanan ikan. Ikan-ikan yang dibela membesar dalam persekitaran air yang menjadi habitatnya tetapi kedudukan mereka adalah dalam sangkar.

5.  Sungai Merbok adalah sungai yang cukup bersih dan dikatakan menjadi lubuk ikan membiak dan ianya menjadi punca pendapatan bagi nelayan kecil persisiran di Sungai Petani, Merbok dan Yan.

6.  Di sepanjang Sungai Merbok telah bertukar menjadi meriah dengan adanya berpuluh sangkar ikan yang telah dibina bagi tujuan penternakan ikan dalam sangkar.

7.  Aktiviti penternakan disertai dengan kehadiran rutin para nelayan sungai yang bersampan kecil dan meraih rezeki dari sungai yang sama.
 
8. Baru-baru ini terdapat persatuan pengusaha sangkar telah mengedarkan surat memohon lesen penternakan ikan di dalam sangkar di Sungai Merbok. 

9.  Jika dilihat dari satu sudut yang positif seolah penternakan ikan dalam sangkar dilaksanakan mengikut ras-ras undang-undang Kerajaan Tempatan.

10. Tetapi kita perlu melihat dengan lebih luas di mana undang-undang di darat tidak sama dengan apa yang berlaku di dasar sungai atau dengan tepat lagi iaitu kehidupan di air.

11. Dan juga perlu diingatkan bahawa pengusaha sangkar hampir 98% adalah dari bukan Bumiputera.

12. Konflik ekonomi tetap berlaku kepada para nelayan yang berstatus Bumiputera. Sudahlah bot-bot dan tongkang-tongkang besar adalah milik bangsa lain di mana aktiviti tangkapan membabitkan Bumiputea sepenuhnya tetapi untung besar diraih oleh bukan Bumiputera. Ianya  atas faktor ketidakmampuan ekonomi Bumiputera dalam memiliki bot-bot dan penampang-penampang besar yang  berharga ratusan ringgit untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut besar. Dan apabila aktiviti penternakan ikan juga jika diberi lesen oleh Kerajaan Tempatan untuk membenarkan  aktiviti ini di Sungai Merbok, lagi sekali menjadi satu masalah ekonomi hiliran kepada masyarakat Bumiputera terutamnya yang berada di pesisir sepanjang Sungai Merbok.


13. Kegiatan penternakan ikan dalam sangkar mengundang banyak masalah. Antaranya ialah masalah kebersihan, ruang sungai menjadi sempit dan habitat ikan di dalam air terganggu sama sekali.

14. Apabila ikan-ikan yang diternak ini  tidak dilepaskan, segala kekotoran akan terhimpun di sangkar-sangkar dan perlu dicuci bagi menjaga kualiti ikan yang diternak.

15. Aktiviti harian manusia dalam di atas sangkar seperti air kumbahan, makanan serta aktiviti pembersihan sangkar akan menyebabkan masalah pencemaran air di Sungai Merbok.

16. Akibat terlalu banyak sangkar yang dibina, laluan air di bawah menjadi tidak lancar.

17. Kesemua faktor di atas secara langsung akan mengakibatkan habitat ikan di Sungai Merbok yang diluar sangkar  akan terjejas sama sekali.

18. Ini belum lagi mengambil kira tentang keluasan Sungai Merbok yang akan menjadi semakin sempit dengan adanya sangakr-sangkar besar yang diletakkan di dalam Sungai Merbok.

19. Laluan bot serta sampan-sampan akan menjadi sempit.

20. Krisis utama ekonomi di mana apabila aliran sungai yang sudah semakin perlahan, pencemaran air serta ikan yang semakin susut bilangannya maka apakah yang bakal terjadi kepada nelayan yang besaiz kecil yang kebanyakan adalah terdiri daripada Bumiputera?

21. Semoga Kerajaan Negeri dapat melihat aktiviti penternakan sangkar ini dengan lebih teliti dan diharapkan pemantauan serta penguatkuasan dapat dipertingkatkan dari  masa ke semasa bagi menjaga kebajikan manusia serta alam sekitar.

22. Penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Merbok mesti diminimumkan bagi kelangsungan hidup bersama.

23. Keseimbangan eknomi perlu diutamakan bukan hanya di daratan.

24. Lesen perlu dibatalkan atau sekurang-kurangnya tidak lagi dikeluarkan bagi memastikan Sungai Merbok tetap terpelihara serta masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang mengikut skala yang adil dan saksama.

25. Juga diharapkan Jabatan-jabatan yang terlibat dalam hal ehwal nelayan tidak memandang lewa akan permasalahan ini.





0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates