Isnin, 10 Jun 2013

Tabiat Lama PAS berulang


Layaknya PAS menjadi pembangkang tidak dapat dinafikan oleh semua. Hatta sewaktu mereka menjadi pemerintah, lagak mereka masih seperti pembangkang.

Di Kedah, selepas 5 tahun baru PAS sedar yang mereka adalah pemerintah selepas hilang saja kuasa pada PRU13 yang lalu. Selama lima tahun menjadi pemerintah, mereka lebih selesa beraksi sebagai pembangkang. Malah jika ada apa saja kesalahan atai kesilapan mereka, mereka akan ungkit kesilapan pimpinan yang lalu.

Maka sebab itu KedahTimes percaya yang Allah telah 'mencuba' mereka sebagai pemerintah selama 5 tahun. Dan terbukti mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemerintah seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Seminggu selepas kembali menjadi pembangkang-profession lama, pelbagai fitnah dan tohmahan mereka keluarkan seolah-olah KETETAPAN Allah menjadikan DP Mukhriz sebagai MB Kedah adalah TIDAK BETUL.

KUIN bakal dilelaong, kuliah agama di Seri Mentaloon dihentikan dan sebagainya. Tanpa segan silu mereka menyebarkan semua ini tanpa ada ingatan kepada Allah SWT yang merancang dan menetapkan semua itu berlaku.

Setelah menghasut pembaca dengan pemberhentian Kuliah di Seri Mentaloon oleh DP Mukhriz, mereka dikejutkan dengan permulaan kuliah pada Sabtu lepas oleh Dato Mufti. Malah Dato Mufti mengatakan kuliah agama diteruskan atas permintaan DP Mukhriz. Apa yang DP Mukhriz minta hentikan ialah kuliah politik.


Terlalu hina juak-juak PAS ini sehingga menyamakan kuliah politik PAS sama dengan kuliah agama. Mereka sudah menganggap yang apa saja tindakan mereka adalah lebih Islam dari pihak lain, walhal Allah mencuba mereka tanpa mereka sedari.

Maka sedarlah, jadilah pembangkang yang produktif, innovatif dan bermanafaat kepada negeri dan agama.

Jangan jadi pembangkang semata-mata untuk bangkang!


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates