Selasa, 11 Jun 2013

Tak Boleh Jawab Kroni Pelari 22.9 Juta, Blogger PAS Cuba Batu Apikan MB dan KCS


Sudah tiga penyelewengan yang Kedahtimes dedahkan secara jelas dengan bukti bagaimana RM22 juta wang rakyat Kedah dibazirkan atas tindakan pelik, tidak masuk akal atau dungu kroni PAS di Kulim Hi-Tech Park.

Sedangkan blogger-blogger Pas ini sebelum 2013 bukan main gah lagi dengan angka-angka KHTP bersumberkan kroni mereka disana, hari ini mereka seakan-akan menjadi darai ghazal parti, sudah hilang keberanian untuk menjawab dimana kroni mereka lemparkan wang titik peluh rakyat sebanyak RM22.9 juta.

Tiba-tiba mereka dedahkan bahawa "MB Haramkan Ceramah Agama di Seri Mentalon", apabila diberitahu bahawa Program tersebut tetap diteruskan oleh MB Dato Mukhriz, mereka buat cerita lagi bahawa ianya dibuat atas desakan Mufti dan bukan atas kehendak MB. Semalam, Dato Mufti telah dengan jelasnya memberitahu bahawa program ceramah agama di Seri mentalon adalah inisiatif pejabat MB.

Telah terbukti, kilang fitnah mereka tidak ada suis berhenti, walaupun dua kali kena smash bola tanggung, dengan muka darai ghazal parti, mereka terus lari dari tajuk Ceramah di Seri Mentalon yang mereka sendiri bangkitkan, dan bawa tuduhan MB naik bot eksklusif ke Langkawi pula.

Yang paling hodoh tu, mereka minta MB pula jawab dan buktikan tuduhan depa. Depa yang tuduh, si tertuduh pula disuruh buktikan. Itulah tahap meroyan mereka selepas tidak lagi menerima bayaran wang rakyat untuk menulis fitnah apabila di"halau" secara terhormat dari wisma darulaman melalui peti undi oleh rakyat.

Tidak cukup dengan menfitnah, mereka cuba menjadi batu api dengan menamakan KCS sebagai sumber berita mereka. Ini tidak lain tidak bukan untuk melaga-lagakan KCS dan MB, dan cuba mewujudkan sentimen agar kelicinan urusan pentadbiran negeri menjadi kucar kacir.

Inilah yang dinamakan PAS, tidak peduli jika rakyat menerima padah sehingga sanggup menjadi batu api melagakan KCS dengan MB, asalkan makanan harian mereka iaitu fitnah dapat dijamah pagi dan petang.

Kami nak cabar blogger PAS, sila nafikan tuduhan kami bahawa Hj Sobri dan Dato Amiruddin telah merugikan wang rakyat sebayak RM22.9 juta kerana antaranya, menjual sebanyak 2.7 juta kaki persegi tanah milik rakyat di KHTP iaitu pada RM12/sekaki dibawah harga sebenar (iaitu RM18/kaki persegi). Klik disini untuk perinciannya.

Usah bercakap tentang ketelusan dan amanah, jika pengkhianatan rakyat yang berlaku dalam kelompok PAS sendiri disembunyikan dari rakyat.

Hanya kerana kami tidak menerima bayaran dari wang rakyat untuk berblog, tidak bermakna kami tidak tahu apa yang berlaku dalam urusan kerajaan, apatah lagi penyelewengan kerajaan PAS.


ads




1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau terlepas dakwaaan dan hukuman di dunia, masih kena jawab kat akhirat kelak ... dan ini tidak terkecuali kepada mana2 pemimpin Islam pun.

Yang kapiak tu memang tetap akan jadi kayu api.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates