Isnin, 10 Jun 2013

Tapak Kukuh Politik MB Kedah.


Bersambung kita dengan kisah Berkorban dan Pengorbanan Politik  MB Kedah yang KedahTimes rasakan dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO Kedah.

Setakat ini KedahTimes hanya mendengar bahawa Pengerusi BPUNK yang bersedia untuk undur diri dari jawatan tersebut. Ini adalah jawatan dipilih oleh Presiden. Jadi ianya bukan pilihan akar umbi.

Yang menjadi perhatian KedahTimes ialah selama DP Mukhriz menjadi ahli politik di Kedah, beliau seolah-olah dibiarkan tanpa diberi sebarang peluang untuk berkihidmat di Bahagaian sebagai yang berjawatan, bukan sebagai ahli biasa.

Khidmat beliau di Jerlun amat cemerlang sehingga pengundi di Jerlun memilih untuk mengundi BN pada PRU13 lalu, maka Parlimen Jerlun dan dun Ayer Hitam (Kota Siputeh sudah menjadi milik BN sebelumnya).

Kita juga masih tertunggu-tunggu bahagian yang lain terutama bahagian yang mana ADUN-ADUN dilantik menjadi exco untuk bersuara tentang hal ini. Apakah mereka beterimaksih dan rela menawarkan tapak untuk DP Mukhriz ?

Atau mereka semua hanya pandai meminta tetapi tidak pernah ada sekelumit didalam hatipun untuk memberi. Apakah tidak pernah ada sifat berterimakasih dikalangan bahagian-bahagian UMNO di Kedah?

Apa nak hairan, TUN M yang berpuluh tahun berjasa kepada negara pun mereka sekat dari menjadi hanya wakil ke PAU. UMNO Kedah ....

Kita tunggu ... 

ads

1 comments:

1 Melayu berkata...

Tabiat dan perangai buruk kepimpinan UMNO Kedah amat sukar di ubati,istilah memberi ,berundur secara sukarela dalam jawatan dan menyerah kepada orang muda yang berkebolehan tiada langsung dalam kamus mereka,yang ada ini hak aku dan aku akan mempertahankannya ketitisan darah terakhir.

Satu lagi perangai buruk ialah mereka akan mendesak dan terus mendesak hingga mereka dapat apa yang mereka idam idamkan.Jika tidak dapat maka mereka akan tabur fitnah dan setiap hari akan memburuk burukan seseorang itu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates