Sabtu, 22 Jun 2013

TERIMA DENGAN REDHA... 5 TAHUN BUKANNYA LAMA..

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Untuk berjaya dalam politik perlukan ketahanan, kesabaran tinggi dan gerakerja yang tersusun. Namun prinsip penting harus akur dan percaya dengan kehendak Allah, bahawa naik dan jatuhnya seseorang pemimpin ataupun kerajaan semuanya atas kehendakNya. Causal relations hanyalah dijadikan penyebab bagi melojikan keadaan.

Betul, kecewa pasti menyaluti jiwa apabila hilang segala-galanya. Sebelumnya semasa di puncak kuasa mungkin dialun dan dibuai dengan kemewahan, kuasa dan kesenangan wang ringgit dan segala cakap dan arahan kita yang pasti diikuti oleh pengikut. Walaupun cakap kita itu merapu dan melalut..
Sebab itu jika mahu menguji sama ada orang itu sahabat sejati ataupun tidak, maka lihatlah berapa ramai yang masih bersama kita tatkala hilangnya kuasa dari tangan kita.

Penulis akui memang agak sukar menerima perubahan rutin harian dan gaya hidup. Pengalaman penulis sendiri selaku ahli UMNO, pegawai kanan MB dari BN dari 2002-2005, yang kemudianya ditamatkan kontrak juga oleh MB BN (2005-2008) tanpa sebarang surat atau makluman rasmi, atau pampasan tidaklah pula diterima dengan hati yang gundah gulana.

Tiada pula penulis mahu saman-menyaman, walaupun ada asas dari segi undang-undang. Semuanya  diterima dengan baik dan redha tiada masalah.

Malah hubungan penulis dengan mantan MB BN yang menamatkan kontrak penulis secara membuta tuli cukup baik walaupun dia mengakui kepada rakan karibnya dia sudah tersalah dalam tindakan, sehingga Kedah kecundang 2008 buat pertama kali dalam sejarah kepada PAS, PKR dan DAP.

For me.. WHAT PAST IS PAST... Never regret, never looking backward buat strongly moving forward. This is life. Putaran hidup ibarat pusingan roda, tiada apa yang nak dikesalkan. Ada seribu hikmah dan ada perkara lebih baik yang Allah mahu berikan pada kita.

Tanyalah bekas YB atau bekas Menteri, bangun pagi sahaja pasti mereka bingkas mahu ke kawasan atau ke pejabat, namun setelah ditegur isteri,  'Abang nak pi mana tu, abang bukan lagi YB? Maka si mantan YB atau pegawai YB tadi tentulah menghela nafas panjang... dan baru sedar bahawa rupanya aku sudah menjadi orang biasa.

Perasaan yang sama tentu sahaja dilalui oleh CEO-CEO lantikan politik atau board of directors. Disebabkan kita mengamalkan sistem party government, maka moleklah si pemegang jawatan yang dilantik oleh parti terdahulu mengundurkan diri secara gentleman apabila parti politik lain mengambilalih kuasa. Itu sudah menjadi satu aturan, bukannya satu kezaliman.

Tidak perlu berlakon, hipokrit dan mahu menjadi musang berbulu ayam hanya kerana gilakan kesenangan dan jawatan. Percayalah rezeki ditangan Allah dan dialah berkuasa menentukan, bukannya manusia.

Dek kerana itu, let's join the club. Dialu-alukan kepada semua mantan-mantan Setpol, Setiausaha Akhbar, CEO-CEO, ahli lembaga pengarah, pegawai-pegawai khas MB terdahulu yang kini sudahpun hilang jawatan terimalah denga redha. Allah sudah memberi kita peluang merasa nikmat hidup berkuasa, kini giliran orang lain pulak. Bukannya sesiapa, saudara seagama kita juga.

Justeru, jangan banyak merungut, meroyan dan mereben dan membuat fitnah tak ketahuan hala. Sabar dan istiqamah. Kerja kepada rakyat teruskanlah,  jika niat betul, langkah kita betul insya-Allah, Tuhan pasti menolong kita. Politik ibarat 'BENCI TAPI RINDU'. Dan 5 tahun lagi siapa tahu, kain buruk yang sudah terbuang akan kembali mendapat kuasa.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates