Selasa, 25 Jun 2013

Tidak semua PERCUMA

Walaupun KedahTimes kekadang agak kritikal terhadap Datuk Det Lid ini, tetapi dalam isu yang membabitkan kebaikan untuk Kedah, KedahTimes masih boleh bersenada dengan beliau.
 
Dalam isu air ini, KedahTimes bersetuju 101% dengan beliau. Sudah lama Pulau Pinang mengambil air secara percuma dari Sg Muda, maka sudah sampai masanya mereka membayar.
 
Apa yang penting, Kedah dan Pulau Pinang perlu duduk semeja berbincang.  Tetapi fakta yang tidak dapat disorokkan ialah air sungai Muda adalah berasal dari Empangan Muda dan Beris yang begitu banyak ditakung untuk keperluan rakyat.
 
Bisnes air yang diperolehi Pulau Pinang amat menguntungkan kerana sumber yang diperolehi dari Kedah adalah percuma, kos mereka hanyalah merawat, menyalur dan mengutip bayaran. Cukup senang.
 
Walhal Kedah terpaksa membelanjakan berbilion ringgit untuk membina emapangan dan berkorban Tanah demi untuk air tidak mendapat apa-apa dari hasil jualan air oleh Pulau Pinang.
 
Ini belum masuk belanja kos pengurusan empangan-empangan tersebut.
 
Elok sangatlah Pulau Pinang tanggung kos ini bersama.
 
Kepada Tok Det sebagai Timbalan Menteri Air, bawalah isu ini ke kabinet atau dewan rakyat. Ianya untuk rakyat Kedah jua.
 
KEDAH, PULAU PINANG PERLU DUDUK SEMEJA BINCANG ISU PENJUALAN AIR MENTAH

KUALA NERANG, 13 Jun (Bernama) -- Sudah tiba masanya kerajaan Kedah dan Pulau Pinang duduk semeja membuat rundingan mengenai isu penjualan air mentah daripada Kedah kepada Pulau Pinang.
 
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerajaan Pulau Pinang yang menggunakan air mentah percuma dari Kedah sejak 56 tahun lepas juga sepatutnya bersetuju jika terpaksa membayar caj air mentah itu.
 
Beliau berkata sejak dari dahulu lagi Pulau Pinang menerusi Perbadanan Air Pulau Pinang Sdn Bhd menggunakan air mentah dari negeri ini, memprosesnya dan menjual air itu kepada domestik dan syarikat komersial.
 
"Kerajaan negeri (Kedah) ada hak untuk minta atau mengenakan bayaran air mentah negeri ini kepada Pulau Pinang. Kalau Pulau Pinang enggan bekerjasama,kami melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (Span) akan campur tangan.
 
"Kami mahu situasi menang-menang kepada kedua-dua negeri berjiran itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Umno Padang Terap bernilai RM52,000 kepada lebih 300 pelajar yang berjaya ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Pejabat Umno Padang Terap di sini hari ini.
 
Mahdzir berkata sebelum ini kerajaan Kedah pimpinan PAS juga pernah menghantar surat kepada kerajaan Pulau Pinang mengenai isu pembayaran air mentah itu tetapi hingga sekarang tiada perkembangan.
 
Beliau berkata perkara itu dibuat berdasarkan akta dan peraturan Span iaitu air mentah adalah hak kerajaan negeri manakala penjualan air bersih diurus oleh Span menerusi syarikat yang menguruskan air di setiap negeri. -- BERNAMA
 
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates