Ahad, 30 Jun 2013

Transformasi Kedah

ALOR SETAR 19 Jun – Kerajaan negeri akan menubuhkan satu makmal bagi merangka hala tuju dan pelan tindakan jangka masa panjang untuk mentransformasikan Kedah sebagai sebuah negeri aman serta makmur.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan idea dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan makmal transformasi tersebut.
Antaranya, ialah ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), profesional, wakil kerajaan negeri dan Pusat, ahli politik, dewan perniagaan serta individu mempunyai kepakaran dalam bidang yang diberi penekanan.
Katanya, makmal yang dipandu oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu bakal beroperasi dalam satu tempoh tertentu bermula bulan depan.
“Saya yakin pendekatan ini dapat membantu kita memikirkan satu strategi yang lebih menyeluruh mengenai kaedah terbaik untuk mengeksploitasi kelebihan sedia wujud di Kedah dan mengatasi sebarang kelemahan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mukhriz berkata, beberapa sektor dikenal pasti mempunyai potensi untuk dibangunkan secara berkesan iaitu industri pembuatan, Bandar Raya Getah dan sebuah lagi taman industri teknologi tinggi di Bukit Kayu Hitam.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang memperhalusi cadangan mengenai pembangunan sektor minyak dan gas bagi memastikan pelaksanaannya memberi manfaat secara menyeluruh.
“Satu lagi tumpuan adalah dalam sektor pelancongan yang tidak terhad kepada Langkawi tetapi melibatkan tanah besar kerana kita yakin Kedah mempunyai potensi dalam bidang ini ekoran keunikan alam semula jadi, sejarah dan warisannya,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, berikutan hala tuju yang disasarkan itu, kerajaan negeri akan menggunakan slogan baharu iaitu ‘Kedah Aman, Makmur’ dan mahu setiap warga negeri itu menjayakannya.
Mukhriz berkata, Makmal Transformasi Kedah juga akan memperincikan bagaimana untuk mencapai tahap ‘aman dan makmur’ supaya ia tidak hanya sekadar slogan tetapi satu matlamat negeri.


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam...

la..mukriz pun terpengaruh dengan najib juga makmal itu dan ini..upen kan ada dato...aduh...terpalit tabiat najib ke...tak payah abik orang luar...tun buat itu dan ini tak perlu makmal pun..cukup orang kerajaan buat analisa itu dan ini.klia masih siap ikut tempoh...lebuh raya utara selatan siap sebelum tempoh...

makmal ini terhad sangat...carilah nama lain dato..najib dah kena tolak dah cara dia...cara dia dah terbukti GAGAL...

budakteranung

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates