Jumaat, 21 Jun 2013

Tu Dia.. Kerajaan Umno Kedah Penindas Orang Melayu..

Punya lah teruk berhempas pulas Kilang Fitnah PAS nak keluarkan fitnah, sampai mereka tidak semak langsung logik perkara, malah hanya menunjukkan kedangkalan diri sendiri semata-mata.

Hanya kerana mereka tidak lagi duduk di kerusi empuk dan dibayar gaji untuk menipu rakyat sepanjang masa dengan gimik-gimik agama, menjadikan mereka semakin sasau. 

Meredah tanpa membuka mata, akhirnya menampakkan kebebalan sendiri.

Hari ini, entah dari mana dikutip sampah untuk disuapkan kepada pengikut mereka, mereka mahu rakyat percaya bahawa, dalam masa 6 minggu, kerajaan BN Kedah melalui Seri Temin Development Corp telah menaikkan harga rumah, daripada RM143 ribu kepada RM230 ribu.

1. Mereka sendiri keliru dan tidak menyemak, jenis rumah yang katanya dinaikkan harga ke RM230 ribu tersebut.

2. Mereka pun tidak nyatakan adakah jenis rumah yang berbeza harga itu adalah dari spesifikasi yang sama?

3. Yang paling membingungkan, tidakkah pekerja Kilang Fitnah PAS ini tahu bahawa untuk menaikkan harga, mengubah rekabentuk rumah, mendapat kelulusan sehingga membolehkan harga dinaikkan dalam masa 6 minggu adalah langsung tidak masuk akal. Lesen Pemaju bagi setiap projek perlukan kelulusan oleh KPKT, dimana setiap permohonan perlu diperincikan rekabentuk rumah, harga dan lain-lain. Tanyalah mana-mana pemaju perumahan, mereka akan katakan perkara yang sama. Memandangkan julat masa yang panjang sebegini diperlukan, tentulah semua dilakukan semasa kerajaan Pas memerintah.

4. Apatah lagi, sehingga sekarang lantikan politik PAS, iaitu CEO STDC Hj Radzuan Alias masih menerajui STDC. Ini bermakna, jika dinaikkan harga rumah, itu adalah perbuatan PAS sendiri. [Kalau nak, kami boleh juga bongkarkan bagaimana STDC dimusnahkan oleh PAS sehingga terpaksa beli GLC lain untuk menyelamatkan keadaan]

Berdasarkan fakta 3 & 4 ini, maka tindakan mereka menyerang Umno kononnya menaikkan harga rumah untuk menindas orang Melayu adalah ludahan ke langit yang akhirnya jatuh kemuka sendiri.

Sudah-sudahlah mengilang fitnah, marilah kita bersama-sama bersatu membangunkan Kedah yang Aman dan Makmur.

Jom..

 

Berita Dari Kilang Fitnah Seperti Di Bawah 

Kerajaan Umno Kedah penindas orang Melayu... Penaik harga rumah gila-gila baru sebulan lebih merintah!




(Petikan FB Jemaahmuda Tg Bungah)



Rumah ini zaman Pas Kedah tiga tahun lepas masa ana beli. Harganya RM143 ribu utk umah teras yg tengah tengah. Kalau corner lot harga RM163 ribu dan end lot harganya RM153 ribu. Baru tiga tahun, dah br je Amno BN take over Kedah. Harga dah melambung naik RM230 ribu utk fasa ke-2. 

Sape yg bela rakyat la ni? Projek rumah ini dibangunkan oleh Seri Temin Dev Corporation (STDC) di tanah seluas 200 hektar. Dan mempunyai 5 fasa. Fasa pertama PAS bela rakyat. Mai fasa ke-2 dan seterusnya Amno tadbir Kedah. Maka harga melambung naik. 

Projek ini di Bandar Sejahtera Pokok Sena, Kedah. Zaman PAS dulu. Harga rumah memang tak leh mahai. Sbb nak bg org Melayu dok umah mampu milik. Tp la ni mendadak naik RM230 ribu.
Tak pa lg. Fasa 1 semuanya pembeli adalah Melayu Islam. 90% Melayu. 10% lain lain bangsa iaitu Cina, India dan lain.

Tp utk fasa ke-2 harga umah dah la naik RM230 ribu. Tapi dah jadi 30% utk Melayu. Manakala 70% utk Cina, India dan lain lain.

Pakat pakat pikiaq la.. Lepas tu puak puak Amno fitnah pulak dgn kata dulu menanggung kerugian.
ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hanya orang tak beriman pada Allah dan hari pembalasan yang berani buat fitnah.

Ingatkan PAS parti Islam yang dipimpin oleh golongan 'ulama' tapi sejak 7 tahun lalu 60.000 rakyat Kelantan mengidap penyakit mental disebakan mengambil pil kuda.

"Membangun Bersama Islam"???

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates