Selasa, 4 Jun 2013

Tuu Diaaa., BN Menang Ja Kedah, KHTP Terus Beli Volkswagen Passat

Hebat sungguh, baru saja BN menang di Kedah, KHTP terus membeli Volswagen Passat kepada Bos KHTP.

Hebat dan ranggi sungguh orang BN!!!

Itulah yang dimainkan oleh pecacai pembangkang di KHTP, kata mereka kerajaan BN ni membazir duit rakyat dan suka bermewah-mewah.
 
Pesan kami, jangan serbu tak pakai helmet.

Ini semua hanya agenda hendak memburukkan Menteri Besar, YAB Dato' Mukhriz yang baru saja mengambil alih pemerintahan Kedah.

Walaupun kerajaan negeri Kedah sudah diterajui BN, tetapi kerajaan yang baru sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Sebab itulah pengurusan KHTP tidak dipecat serta merta, sebaliknya dibuat kajian mendalam sebelum perlantikan baru dibuat. 

Ini bagi mempastikan pelantikan dibuat kepada orang yang benar-benar layak, demi kepentingan rakyat, dan bukan demi kronisma dan memenuhkan tembolok anak cucu macam Pas buat dulu.

Pengurusan KHTP dibawah lantikan politik PAS yang tidak mesra pelabur, sebaliknya mesra melancung sepatutnya pandai-pandai la menyerahkan balik jawatan politik, dan tidak cuba membuat onar, dengan melakukan pembaziran supaya disalahkan kepada kerajaan BN.

Ini tidak, masih lagi bermewah-mewah dengan meneruskan aktiviti pelancungan dan membeli kereta mewah, antaranya Volkswagen Passat yang diserang oleh pecacai PAS.

Sudahlah penganugerahan projek kepada kroni PAS bernilai RM12,000,000 dibuat sehingga melanggar arahan Menteri Besar, beli kereta mewah pula.

Itu duit rakyat, janganlah guna sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi, lima tahun membazir dan asyik melancung, belum puas lagi kah?

ads

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Patutnya semua SLC ditetapkan guna kereta nasional aje baru tak membazir dan boleh tlg industri kereta negara

Tanpa Nama berkata...

Patutnya SLC semua diarahkan guna kereta nasional tak membazir dan dpt tlg industri kereta tempatan

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong anon 4.40. . kita kena ikut bangsa2 yg berjaya mcm jepun & korea walaupun depa pi keje kat negara org depa akan pakai brand depa gak mcm toyota atau hyundai..buat apa nak habiskan duit syarikat sampai ratus ribu.. kita nak kerja bukan nak bergaya dan menunjuk2. Keluarkan aje arahan semua bos2 SLC mesti pakai produk tempatan... habis citer. Kalau benda kecik mcm ni pun tak leh control... susah leerrr. Ketua kerajaan negeri kena bertindak

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates