Isnin, 17 Jun 2013

UMNO Nak Buka Kilang Kereta, PAS Juga Tidak Ketinggalan

Kedah akan menerima pelaburan dalam industri automatif bernilai RM7.1 billion hanya selepas sebulan sahaja negeri ini diterajui oleh Menteri Besar dari Umno, YAB Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir.

Sebaik saja menerajui Kedah pada Mei 2013, YAB Menteri Besar terus aggresif mengambil langkah memacu ekonomi negeri bagi membawa Kedah ke arah negeri maju. Ini memandangkan kebekuan pembangunan ekonomi Kedah sepanjang diperintah oleh PAS yang lebih aktif meletak parasit mereka didalam SLC dan jabatan-jabatan, selain menarah licin balak.

Sementara, itu PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam sektor perkilangan walaupun tidak lagi menjadi kerajaan negeri. Kini mereka semakin mengaktifkan kilang-kilang mereka bagi menghasilkan fitnah dan memburuk-burukkan Menteri Besar seawal 2 minggu pemerintahan.

Daripada Fitnah MB Haramkan Ceramah Agama, Fitnah MB benarkan ceramah hanya selepas didesak, Fitnah MB Bawa Isteri naik bot mewah sehinggalah MB buat renovasi pejabat. Semua isu itu tidak ada satu kebenaran pun, malah adalah jauh terbalik kuang, contohnya seperti dijelaskan Dato' Mufti, dimana MB sendiri yang mahukan ceramah agama diadakan sehingga menghantar pegawai ke pejabat Dato' Mufti untuk mengatur program tersebut.

Walhal bila kuliyah mingguan diadakan, mereka tidak hadirpun.

Itulah penangan kemaruk kuasa, walaupun rakyat sudah mengatakan tidak, mereka masih meroyan malah ada yang tidak dapat menerima hakikat kekalahan PAS di Kedah.

Kami ingin berpesan, ingatlah bahawa ini semua adalah Qada dan Qadar dari Allah SWT, janganlah diikut kehendak syaitan yang sentiasa menghasut dan mengadu domba sehingga masyarakat menjadi keliru akibat terikut-ikut dengan agenda fitnah.


ads




 
 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam.

syarikat mana nak masuk ni bro..baguslah sorang ni buat kerja.tak sia2 najib lantik jadi mb.banyak dah kerja.tak sampai sebulan pun.semakin banyak kerja d buat, semakin banyak plak rekod kiri bahagian pembangkang...pening juga pembangkang dengan mukriz ni ek...kontrovesi tak ada d cipta kontroversi...

nak cipta kontroversi pun kadang2 bertempat juga...aduslah..dengki ar aku dengan orang kedah ni...baru sebulan jadi mb...nak sampai 5 tahun entah apa lagi mukriz ni buat....baguslah orang kedah...baru je tanam padi, dah nak tuai hasil dah...

malah mukriz cerdik bahagian nak buat rumah untuk rakyat..itu sebahagain aku janji bn pusat...mukriz tau nak buat rumah bukan senang...nak kena cari tanah dulu,,urus itu dan ini..nak cari pemaju, nak kuarkan tender...kerajaan pusat masih senyap lagi...tak fikir ke...mukriz tak sampai 2 minggu dah sentuh pasal rumah ni..dia tau benda ni lambat berjalan jadi dia sentuh awal2...cerdik mb orang kedah ni...tahniah...

budakteranung

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates