Rabu, 19 Jun 2013

Yang GAGAL adalah PAS, bukannya UMNO

KedahTimes ingin mengulas serba sedikit kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketu Pemuda PAS Kedah. Jika dibandingkan title atau jawatan KedahTimes dengan Ustaz Ahmad Yahaya, siapalah KedahTimes yang tiada apa-apa title dan jawatan dalam apa jua parti atau kerajaan. 

Tetapi dari segi lain kita tidak tahu. Allah cipta manusia dengan sifat Pekuasa yang ada padaNya, dengan kelebihan masing-masing.

Melihat kepada tajuk kenyataan pun kita sudah ketahui yang niat mereka bukanlah untuk memberi cadangan penambahbaikan tetapi lebih kepada ingin mengecam. Kenapa Pulau Tuba yang penduduknya tidak sampaipun 3000 orang itu bakal menjadi gelap dari cahaya Al Quran hanya kerana ketiadaan Tahfiz AlQuran. Tiada madrasah ka, atau tiada masjid ka di sana? Apakah tiada langsung guru agama, tok imam atau tok siak di Pulau Tuba?

Dan UMNO tidak pernah hentikan bina Maahad tersebut yang dulunya hanya diletak batu asas oleh PAS tetapi tiada pembinaan pun berjalan kerana wang peruntukkan entah dimana.

Inilah PAS yang bijak memutar belit fakta demi mengelirukan rakyat dengan fitnah serta pembohongan akhir zaman. Terus kan membaca ...

UMNO akan pastikan Pulau Tuba terus gelap dari cahaya Al-Quran?
Pemuda Kedah persoal tindakan Umno henti bina Maahad Tahfiz Pulau Tuba

1. Keputusan Kerajaan BN Negeri Kedah untuk menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi merupakan tindakan yang mundur ke belakang.

KT : Bagaimana nak teruskan pembinaan jika wang yang sepatutnya diperuntukkan untuk pembinaan sudah tiada? Jadi perlu sangatlah ditangguhkan dulu sementara untuk cari duit peruntukkan. Tak kesian ka kepada kontraktor lantikkan PAS jika tidak mendapat bayaran? Inilah yang dikatakan tindakan bijak demi menjaga kontraktor, perbelanjaan kerajaan negeri serta Maahad sendiri supaya tidak jadi macam KUIN yang hampir ranap dikerjakan kerajaan PAS.

2. Malah, keputusan itu bagai membayangkan ketidaktentuan jaminan masa depan institusi pendidikan Islam di Kedah sebagaimana ura-ura sama terhadap KUIN sebelum ini. Adakah nasib sama juga bakal 'menghinggapi' Maahad Mahmud dan KAFA?

KT: Adakah Kerajaan PAS pernah beri jaminan kecermelangan KUIN masa menjadi pemerintah dulu? Sehingga ijazah pengajian Alquran pun tidak diiktiraf, ini belum kita kira kerosakan ke atas staf dan Pelajar KUIN. Dan yang paling hina ialah hutan bertimbun akibat ghairan dengan projek KUIN. 43 juta setahun kena bayar baik kepada bank. 

Balak sudah habis ditebang, nak ambil duit dimana lagi? Malah ura-ura KUIN 'for sale' tu hanyalah fitnah lemparan PAS sahaja, bukan ada dalam agenda kerajaan negeri sekarangpun. Malah kalau sebut hutang KUIN RM43 juta setahun perlu dibayar, ditambah dengan kos operasi 12juta setahun vs pendapatan yuran pelajar hanya 4-5 juta, siapa yang nak beli?

KAFA dan Maktab Mahmud wujud semenjak kerajaan BN lagi dan guru-guru KAFA/Maktab Mahmud terus diperhebatkan lagi, malah peruntukkan sentiasa bertambah. Kewujudan semua ini adalah atas kerja kuat kerajaan UMNO. PAs hanya terima dulang emas saja. Malah laporan audit Maktab Mahmud, terdapat banyak salahlaku seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal disini.

3. Cukuplah rekod Kerajaan BN yang hampir membunuh Sekolah Agama Rakyat (SAR). Jangan pula menganaktiri dan berlepas tangan terhadap institusi pendidikan yang berada di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri itu.

KT: SAR bukan sekolah rakyat tapi sekolah Politik PAS. Elok diktukar saja nama kepada SPP saja. Bunuh saja SAR, dan jadikan dia SABK. Kerana SABK lebih selesa dan lebih terurus.

SAR bukan dibawah kerajaan negeri tetapi dibawah guru-guru agama yang kebanyakan PAS totok. Teruskan SAR dengan caranya. Tetapi jika hendak lebih baik daftarlah jadi SABK, bukan susah sangat.

4. Sebagai sebuah kerajaan, alasan kos dan perbekalan elektrik yang dijadikan sandaran terhadap penangguhan itu menunjukkan dangkal dan lemahnya BN dalam mengurus kepentingan rakyat.

KT: KOS pembinaan agak tinggi di Pulau Tuba dan duit peruntukan telah hilang. Elok sangat kita tangguh buat sementara waktu sebab nak cari duit. Malah banyak sekolah tahfiz di Kedah yang PAS tidak pernah belapun sebaliknya biarkan mereka dalam keadaan dhoif. Malah banyak yang dah berjumpa dengan kerajaan baru memohon bantuan dan InsyaAllah, akan dibantu.

5. Kerajaan lalu di bawah teraju Pakatan Rakyat telahpun meluluskan kos pembinaannya, manakala perbekalan elektrik dapat disalurkan sekaligus menjadi usaha pembangunan untuk pulau tersebut.

KT: Lulus dengan penyediaan peruntukkan adalah dua perkara berbeza. Satu lulus kata nak buat tapi duit belum tentu ada. Dalam kes ini duit lesap entah kemana.

6. Apakah Kerajaan BN Kedah mahu lihat generasi yang mendiami Pulau Tuba terus hidup tanpa bekalan elektrik dan selamanya bergantung kepada kuasa generator? Sedangkan pulau itu terletak hanya beberapa kilometer dari Langkawi.

KT: Takkan baru 60 hari memerintah dan boleh bina empangan atau submarine cable utk salur eletrik? Tak logik yang ini. Malah KT ingin tanya selama 5 tahun takkan kerajaan PAS tak leh bina kot, itupun kalau dah concern sangat la.

7. Sepatutnya sebuah kerajaan memacu masa depan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Usaha memajukan Langkawi sepatutnya diluaskan di pulau-pulau berdekatan yang didiami penduduk.

KT: Nak merancang memerlukan sedikit masa. Bukan boleh merancang dan melaksanakan dalam masa 60 hari saja. PAS 5 tahun dok bercakap sahaja. Buat tidak tetapi bila UMNO ambilalih kerajaan, PAS paksa UMNO selesaikan semua taik dan janji manis mereka kepada rakyat. Selama 5 tahun tu dok bercakap saja ka?

8. Lebih malang, BN Kedah menolak kesempatan untuk meluaskan lagi kemakmuran dan kesejahteraan pada pelancongan ilmu yang boleh diteroka dari pembinaan Maahad Tahfiz Sains di situ.

KT : KUIN yang dibina demi untuk meningkatkan syiar pengajian Islam di Kedah pun PAS hancurkan, tak payah cakap pasal Maahad Tahfiz la. 

Masih ingat tak pengusiran pengajian Tahfiz dari KUIN dulu? Pelajar Tahfiz sudah selesa belajar dikampus KUIN, dihalau keluar tanpa sebab. Nasib baik ada agensi lain sanggup bantu. 

9. Paling utama adalah kedamaian sebuah pulau yang disinari cahaya al-Quran. Tetapi dengan keputusan itu bermakna BN telah gagal untuk menyebar cahaya al-Quran ke pulau itu.

KT: Nampaknya ustaz ni bernostalgia pulak. Kuliyah yang dibuat di Sri mentaloon pun PAS buat isu, dan sedihnya ahli-ahli PAS tidak hadirpun kerana ianya sebenar-benar kuliyah agama berbanding dengan zaman PAS dulu yang hanya kuliyah politik. Maka jika ikut agenda politik PAS, Maahad Tahfiz ini bukan saja bakal belajar hal-hal Quran tetapi juga politik PAS. Contoh terbaik pusat belia ILBAS di Kg Paya Pahlawan. Nama saja pusat belia tapi ianya pusat pengkaderan ahli PAS. Betul kan?

10. Pembebas Andalusia (Sepanyol), Tariq bin Ziyad biarpun telah menggapai kejayaan di bumi Eropah itu ketika mengadap lautan yang luas pernah mengungkapkan cita-cita untuk terus berjuang sebagaimana katanya, "Seandainya aku tahu dihujung lautan yang luas ini adanya pulau, nescaya aku berjuang untuk sampai menyebarkan Islam di situ."

KT : Jangan perasan PAS adalah seperti pembebas Andalusia la, PAS sebenarnya pemusnah segalanya di Kedah. Kenapa tidak bercakap tentang pertambahan mendadak pusat hiburan dan maksiat di Alor Setar, SG Petani dan bandar-bandar lain. Kenapa PAS tidak pernah tutup satu pusat maksiat pun selama 5 tahun memerintah. Kenapa PAS tidak bina satu masjid pun dalam masa 5 tahun memerintah.

Itu Tariq dan bukannya PAS. PAS menghuru-harakan rumah yang sudah dibina dengan baik. Bayangkan bagaimana nak selamatkan Pulau dihujung lautan sedangkan rumah sendiri tidak terurus. Sapa nak percaya!

11. Tetapi Umno yang memimpin BN Kedah begitu lemah untuk berjuang bagi melihat cahaya al-Quran tersebar di situ.

KT : UMNO tidak pernah lemah, tetapi yang lemahnya dalah PAS yang diberi peluang 5 tahun untuk melakukan apa yang diwar-warkan atas pentas tetapi GAGAL. Sekarang bila BN memerintah selama 60 HARI saja, mereka sudah bijak menilainya. 

Jika PAS hebat selama 5 Tahun memerintah Kedah, kenapa rakyat nilai yang PAS gagal? Kenapa rakyat tolak PAS? Bangunlah dari mimpi bahawa rakyat menolak PAS kerana GAGAL.

12. Ketika Umno berkata institusi pendidikan ini gagal dahulu, Pakatan Rakyat telah membuktikan usaha mengembangkannya di sebalik tuduhan itu. Oleh itu, jika Umno-BN gagal menyaingi usaha ditinggalkan Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak itu, jangan pula gagal hingga mengabaikan semua usaha mempertahankan institusi ini.

KT: Institusi pendidikan apa yang gagalnya ustaz. Dulu KUIN ditinggalkan dengan amat baik dan sedang meningkat, tetapi 5 tahun PAS gagal membangunkannya dengan baik. Malah penuh dengan kontraversi dan korupsi.

Sekolah-sekolah Tahfiz dibiarkan dhoif oleh kerajaan PAS, sebaliknya rancang nak bina Tahfiz sains yang kononnya lebih baik. Kenapa tidak bantu dan perbaikkan yang sediada dan perkembangkannya? Sebaliknya dok bernostalgia tentang Pulau Tuba? Apa ustaz nak bina masjid satu lagi di Pulau Tuba ka?

Bukti PAS gagal ialah KUIN yang penuh kedhoifan, Maktab Mahmud yang tidak berkembang pun serta sekolah taahfiz di Kedah yang dibiarkan bersendirian. Kata sayang sangat dengan sekolah agama persendirian ini. Malah SAR masa 5 tahun PAS memerintahpun masih dok minta sedekah dari orangramai, apa PAS buat?

Bukti lain ialah PAS ditolak rakyat dalam PRU13 kerana GAGAL.

USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah

KT : KedahTimes
Tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan atau mana-mana parti. Hanya rakyat Marhein

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates