Selasa, 9 Julai 2013

Apakah BERSIH KUIN akan dibubarkan?


Inilah yang dikatakan kerajaan yang mendengar keluh resah rakyat. Satu demi satu penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan dibawah MB DP Mukhriz.

Perjuangan Bersih Kuin telah mendapat balasan yang baik sekali dari kerajaan Negeri di Bawah UMNO. Kalau dulu kerajaan PAS tidak pernah mendengar keluh resah mereka, tetapi kini staf-staf KUIN boleh bergembira dan bersyukur kerana DP Mukhriz telah meluluskan apa yang mereka perjuangkan selama ini. 

Cuma KedahTimes tertanya-tanya apa pulak reaksi kroni-kroni PAS yang masih bersarang dalam KUIN. Tak rasa bersalah ka?


Untuk makluman semua. Pada 8 Julai 2013, YAB MB telah mengadakan pertemuan dgn kakitangan KUIN. Demi kebajikan dan masa depan warga KUIN YAB MB telah membuat beberapa pengumuman yg menggembirakan. Ini adalah bagi mengembalikan hak yg pernah dituntut oleh kakitangan KUIN menerusi Gerakan BERSIH KUIN kepada beliau semenjak sebelum diangkat sebagai MB lagi.


Kerajaan Negeri pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz dan Ahli Lembaga Pengarah KUIN telah sebulat suara bersetuju utk melaksanakan perkara2 berikut:


1. Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 untuk tujuan kenaikan gaji kepada kakitangan KUIN dibawah Sistem Saraan Malaysia atau lebih dikenali dengan kenaikan gaji 13%.


2. Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 untuk tujuan kenaikan kadar bantuan sara hidup sebanyak RM50.00.



3. Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 untuk tujuan pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Baru atau lebih dikenali kenaikan satu tangga gaji (ono plus one).


4. Menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 untuk tujuan penambahbaikan jadual gaji minimum - maksimum kepada kakitangan KUIN menurut Sistem Saraan Baru.


5. Pihak Lembaga juga telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling-pekeliling Kerajaan yang lain sekiranya pihak Kerajaan mengumumkan sebarang imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi atau dikenali sebagai bonus tahunan kepada kakitangan KUIN.


6. Pihak Kerajaan Negeri dan Lembaga Pengarah KUIN juga ingin mengumumkan kepada semua kakitangan KUIN bahawa KUIN akan dijadikan sebuah Badan Berkanun Negeri.


Pengumuman ini telah disambut dengan amat baik dan sorak gembira oleh kakitangan KUIN. 


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates