Selasa, 9 Julai 2013

Blog PAS meroyan

Meroyan ni kalau zaman dulu selalu dikatakan kepada kaum perempuan yang kehilangan anak, suami atau sebagainya. Tapi kini penyakit meroyan dah berjangkit kepada blogger-blogger PAS yang sebelum ini ditatang sebagai anak emas kerajaan negeri. 

Sejak kehilangan kuasa kepada UMNO, pelbagai isu cuba ditimbulkan blogger-blogger PAS terutama yang dok menyerang KedahTimes satu masa dulu sehingga ada yang ciluk nama sobri sudin menjadi saiburi sudin.

Kuliah bulanan PAS dulu dijadikan serangan kononnya kerajaan UMNO nak memalapkan syiar Islam di Kedah. Dulu mereka bukan adakan kuliah agama tetapi kuliah politik sebulan sekali di Seri mentaloon. Mereka label menjadi kuliah ugama. Sesapa yang hadir mesti tertipu kerana mereka disogokkan dengan ilmu politik PAS.

Allah Maha Berkuasa, kuliah politik PAS sebulan sekali di Seri Mentaloon menjadi seminggu sekali dengan pengajaran-pengajaran Islam yang sebenar. Kalau dulu mentol yang menerangkan Seri Mentaloon dengan kuliah politik PAS hanyalah 15 watt, kini kuliah agama Islam diterangkan dengan spotlight 1000 watt. Terduduk blogger-blogger PAS!

Lepas tu mereka hebahkan yang KUIN bakal dilelong oleh kerajaan UMNO di bawah DP Mukhriz. Kedahtimes amat percaya jika diberi PAS memerintah 5 tahun lagi, SAH Kuin bakal dilelong.

Mana tidak, dibawah Insaniah Holdings ada pelbagai anak syarikat yang kerjanya merampok duit KUIN. Ditubuhnya anak syarikat yang kerja mereka meminta duit dari KUIN; malah gaji CEO mereka pun KUIN bayar.

Tak cukup dengan itu, pinjaman 340 juta pula dibuat untuk membina kampus yang langsung tidak lengkap. Liabiliti cukup tinggi sedangkan pendapatan sedikit iaitu hanya dari yuran pelajar.

Harapkan anak-anak syarikat dibawah Insaniah Holdings menjana pendapatan tambahan, mereka pun dok sapu duit KUIN. 
Inilah perniagaan ala PAS. Pinjam duit bapak untuk berniaga, masuk tender yang dikeluarkan bapa. Lepas tu minta duit dari bapa untuk buat kerja-kerja selepas tender diperolehi. Hasil terakhirnya, duit semua masuk poket anak. Anak dapat beli rumah bungalow, bapak terpaksa berhutang dengan orang lain.

Dan KedahTimes pasti jika 5 tahun lagi dibawah PAS, kampus KUIN Kuala Ketil bakal dilelong oleh mereka kerana tak terbayang lagi KedahTimes dimana mereka nak dapat duit melainkan lelong saja kampus tersebut.

Sebaliknya kerajaan negeri dibawah UMNO terus menyelesaikan masalah KUIN satu persatu dan terkini KUIN dijadikan sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri. Haha baru hangpa tau... jangan asyik nak berbohong saja.

Bila kerajaan DP Mukhriz tidak mahu membayar gaji staf yang berada dalam Insaniah Holdings dan anak syarikatnya, mereka kata kerajaan negeri Zalim kerana tidak membayar gaji staf KUIN. Walhal yang bertanggungjawab untuk membayar gaji staf anak-anak syarikat tersebut ialah CEO syarikat, bukannya kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap staf KUIN yang berada dibawah Kerajaan negeri.

Sdn Bhd kena pandailah cari duit sendiri untuk bayar gaji. Sendirian Berhad, takkan tak faham kot.

Habis isu tersebut, dikatakan pulak KUIN undur kebelakang kerana menggugurkan kursus ICT dan kejuruteraan. KedahTimes tak tahulah samada mereka cut & paste dan lepas tu erase maklumat menggunakan paint untuk berbohong kepada orang ramai, tapi yang sahnya kursus yang ditawarkan tidak berubah. Masih macam dulu. Mungkin harga atau modulnya saja ada sikit perubahan.

Kesimpulannya blogger-blogger PAS yang dulunya bagai anak emas PAS, kini meroyan. Mungkin sudah tidak dipedulikan PAS atau memang depa meroyan betul. 

Itu KedahTimes tak pasti tetapi dari perangai dan tindakan mereka menjuru ke arah itu.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates