Ahad, 14 Julai 2013

KUIN sudah berjaya dijual

KedahTimes sedikitpun tidak merasa hairan dengan gelagat pencacai PAS yang sentiasa berfikir bagaimana untuk mengelirukan rakyat Kedah. Harapan KedahTimes agar dalam bulan puasa ini mesin-mesin fitnah tersebut berhenti rehat untuk seketika, dan kalau boleh untuk selamanya.

Angin bahawa KUIN akan dijual atau dijadikan universiti swasta terjawab dengan sendirinya apabila MB sebagai pengerusi KUIN mengumumkan yang KUIN diisytiharkan sebagai sebuah lagi Badan Berkanun Negeri Kedah.

SAH yang KUIN telah dijual dan ianya dijual kepada Kerajaan Negeri Kedah. Selama pemerintahan PAS, KUIN ditadbir mengikut ala Korporat dimana kuliyah-kuliyah diuruskan oleh syarikat-syarikat Sdn Bhd.

Tapi bermula ramadhan, KUIN kembali bersama kerajaan. Disamping itu seramai 26 kakitangan Insaniah Holdings diserap masuk ke dalam KUIN sebagai pekerja tetap. Mereka ini terdiri daripada ibu-ibu tunggal yang bergaji kecil. Bukan CEO-CEO yang dah cabut lari tanpa ada rasa tanggungjawab kepada staf-staf Insaniah Holdings.

Sekali lagi TAHNIAH KedahTimes ucapkan kepada semua kakitangan KUIN. Anda semua dihargai. Jangan pulak kerana sedikit ketidakpuasan, maka anda mula mengajak PAS kembali ke KUIN. 

Ingatlah jangan biarkan Pisang berbuah dua kali. 

ads

2 comments:

Siberangan berkata...

Kedah Times nak bercakap buat paaaa... pasai isu KUIN yang puak PAS kata Kerajaan nak jual tuuuuhhh... puak haprak tu cakap nak kelirukan pikiran rakyat saja.

Perkara yang baik untuk Kerajaan BN depa tak akan sebut punyaaaa.....

Tanpa Nama berkata...

Di dlm blog kedahlanie ada post pelajar kuin dok buat bntahan aman agar tidak dipindahkan ke alor setar..dan dlmtu jg ada mengatakan yg kuin kuala ketil telah ditender utk dijual kpd uum la aims la bukharila...apa cerita ni..bg sikit pencerahan..aku nk dgr kedua dua belah..yg mna satu yg betul

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates