Ahad, 7 Julai 2013

MCA baru sedar.

Kedahtimes mengalu-alukan keinginan MCA untuk memerangi fitnah melalui media sosial. Sebelum ini Kedahtimes tertanya-tanya samada MCA masih bermimpi atau tertidur kerana serangan melalui media sosial terlalu hebat tetapi MCA buat tak kisah saja.

Malah suratkhabar milik MCA iaitu the Star setaip hari menyambut atau membawa isu-isu yang dipaparkan di media sosial, MCA hanya berdiam diri walaupun mereka berkuasa penuh ke atas suratkhabar tersebut.

Selepas tsunami orang cina menolak MCA dan BN, bari MCA nak perangi fitnah yang disebarkan? KedahTimes kekadang tertanya-tanya berapa ramai lagi ahli MCA yang tinggal dalam MCA.

Ketika BN buat satu jamuan untuk persatuan-persatuan orang Cina di Gurun satu masa dulu, Kedahtimes tertanya-tanya betul ka yang hadir bakal memangkah BN? Malah bila Kedahtimes tanya kepada seorang abang Melayu yang berada disitu, betul ka puak-puak ni? Selamba saja dia jawab "TAK BOLEH DIPERCAYA".

Malah semua yang berada di meja tidak sambutpun apa yang pengacara majlis laung di pembesar suara. Mereka buat tak tau saja, malah sibuk mengangkut calsberg untuk mabuk. Nasib baik ramia orang Melayu di DUN tersebut, menang juga calon MCA.

Kini baru MCA tersedar! Tapi KedahTimes rasa jika MCA tak sedar dari tidur pun tidak apa kerana Najib sentiasa disisi orang Cina. Dont Worry!

ALOR SETAR - MCA akan mengerahkan anggotanya dan penyokong BN untuk melawan semula kenyataan yang cuba menjatuhkan kerajaan dengan fitnah seperti yang disebar menerusi laman media sosial.
   
Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata penyebaran fitnah terhadap kerajaan pada PRU13 menerusi laman sosial sedikit sebanyak menjadi punca kekalahan ramai calon BN.

   
"Pihak pembangkang telah menggunakan laman sosial pada PRU yang lepas untuk berkempen dan mereka telah mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas terhadap kerajaan.
   
"Rakyat pula lebih gemar menerima apa yang dibaca secara bulat-bulat tanpa menganalisis dahulu sama ada dakwaan yang dikeluarkan itu benar atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) di sini hari ini.
   
Beliau berkata rakyat tidak harus mempercayai dakwaan yang dikeluarkan 100 peratus kerana mereka sepatutnya memeriksa dahulu sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum membuat persepsi sendiri.
    
"Cuba lihat negara Singapura, mereka telah menyekat kebebasan untuk bersuara di laman sosial kerana banyak perkara yang tidak benar didedahkan dengan senang.
   
"Malaysia masih bersifat terbuka kerana kita tak mahu sekat sesiapa untuk nyatakan pendapat mereka tapi pastikan apa yang mereka tulis itu betul," katanya.
   
Chor, yang merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata rakyat perlu dididik agar tidak menerima segala informasi yang disiar di laman sosial secara bulat-bulat.
   
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 37 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal.    

"Walaupun kita kalah untuk mempertahan kerusi Parlimen Alor Setar dan (beberapa) kawasan Dewan Undangan Negeri, kita tetap tunaikan janji yang telah kita buat sebelum ini.
   
"Kita harap dengan bantuan ini, mereka dapat berdikari untuk mencari rezeki tanpa perlu bergantung kepada bantuan kerajaan," katanya. - Bernama

ads

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Butoh dia la.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha... mca ni tidur terlalu lama sangatlah. Pru13 dah lama habis. Org2 melayu pun dah bosan dengan mca. Tak payah susah2 nak tolong kerajaanlah. Org2 melayu dah tak perlu lagi cina dalam politik. Kini melayu nak rampas ekonomi pula. Selamat tinggal mca.

usin berkata...

kalau dah sedar dari bawah sedar tu, agak bagus jugak. rombak seluruh warga the star. tu akhbar setan gondol mca yg jd suara dap. atau sebenarnya mca adalah dap dalam bn.

Tanpa Nama berkata...

Berlakon aje, orang dah tahu mereka berpakat nak jatuh UMNO tapi tak berkesan,nak tutup khianat mereka,UMNO beruntung kerana masih ada lagi orang melayu yang undi UMNO,sedarlah UMNO sudah banyak kesilapan dibuat,jangan dilembukan lagi,jaga orang Melayu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates