Khamis, 1 Ogos 2013

Ahli PAS yang hatinya sentiasa busuk.

Artikel ini KedahTimes petik dari blog beritakuin yang di petik dari KedahLanie.info. Ini menunjukkan yang segala perbuatan orang-orang tertentu dalam KUIN yang ingin meneruskan agenda pemusnahan KUIN secara total.

Mereka masih tidak puashati dengan kemusnahan yang mereka lakukan. Dan ingin menghancurknnya terus dari muka bumi ini.

Hasrat kerajaan untuk memperbaiki KUIN dianggap satu kemusnahan, walhal KUIN sudah musnah lama dulu.  Cuma mereka masih dalam mimpi yang KUIN adalah kejayaan mereka yang bertaraf dunia. 

Tidak pernah KedahTimes dengar universiti bertaraf dunia, stafnya berdemo tuntut hak mereka.

Inilah kepelikan puak-puak PAS dalam KUIN dan luar KUIN. Mereka anggap mereka adalah pilihan Tuhan seperti orang Yahudi yang sentiasa menganggap mereka adalah kaum pilihan Allah.

KedahTimes ingin sarankan supaya puak-puak ini bermuhasabah diri dan banyak beribadah dalam bulan puasa ini. BUKAN menabur Fitnah.

Petikan daripada blog tersebut mengenai beberapa individu dalam KUIN : Azlina, Ubaidullah, Ridhaudin

ARTIKEL INI DIPETIK DARI KEDAHLANI.INFO

Isu KUIN adalah satu isu yang dimainkan selepas kejatuhan kerajaan pimpinan Ustaz Azizan di Negeri Kedah Darul Aman. Ini kerana, projek ini dilihat sebagai symbol 5 tahun pemerintahan PAS di Kedah selepas ianya diserahkan kepada BN untuk kembali memerintah.

Pada awalnya saya enggan memberi komen tentang isu di KUIN ini kerana saya bukanlah sebahagian daripada warga KUIN. KUIN tidak ada kaitan dengan saya melainkan, ianya adalah projek parti yang disokong oleh saya iaitu PAS. Sebagai ahli PAS pada mulanya saya berasa gembira apabila Negeri Kedah jatuh ke tangan PAS di dalam PRU 12. Suatu penantian yang cukup panjang, akhirnya parti islam mula memacakkan panjinya di Kedah. Terasa maniskan perjuangan yang dilalui hasil daripada tarbiah yang diperolehi dalam tamrin-tamrin akhirnya PAS yang saya dokongi ini mengambil tampuk pemerintahan di negeri Kedah ini.

Kisah Madam Azlina ketika cramah di dewan pas dengan semua pemuda bahagian PAS kononnya nak bersihkan nama Jamil tapi didakwa penulis blog yang hadir pada majlis tersebut , semuanya pembohongan sahaja

Setiap kali menghadiri ceramah bersama Ustaz Azizan, kami berasa seronok apabila dia menceritakan dia adalah hero berbanding dengan menteri besar-menteri besar Kedah sebelum ini. Dengan bangganya dia mengatakan menteri besar lain tidak hero kerana mereka menteri besar warisan, tetapi dia adalah hero kerana dia dapat menjatuhkan lawan bukannya mewarisi kepimpinan. Sebagai ahli, kami mendengar kisah ini dengan begitu seronok dan tersenyum kerana mempunyai pemimpin yang bijak seperti beliau. Walaupun akhirnya beliau juga dijatuhkan oleh lawan akibat keegoan beliau sepanjang menjadi MB.

Tidak dinafikan projek membina KUIN di Kuala Ketil adalah suatu yang baik dan wajar dilakukan. Tetapi bagi saya, secara realitinya projek ini boleh dianggap sebagai projek “Air Mata Rakyat” kerana ianya dibuat dalam keadaan menindas dan tidak mengambil kira soal kebajikan kakitangan di KUIN. Walaupun tujuannya baik untuk melihat sebuah kampus tersergam indah, tidak seharusnya kerajaan PAS menafikan hak dan kebajikan kakitangan yang berada di dalam KUIN. Di tengah-tengah kemelut masalah gaji ini berlaku, yang lebih menyedihkan apabila Ustaz Azizan selaku pengerusi KUIN menaikkan elaun mesyuarat beliau kepada RM2000. Amat malu bagi saya sebagai seorang ahli PAS apabila MB yang dilantik berkelakuan sedemikian rupa.

Berlainan dengan kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor yang lebih mengutamakan kebajikkan rakyat di dalam pemerintahan mereka seiring dengan matlamat politik mereka. Tetapi di Kedah sebuah kerajaan yang memakai “baju” Islam dilihat MBnya lebih mengutamakan matlamat peribadinya berbanding dengan kebajikan terutamanya kepada kakitangan KUIN. Kesannya boleh dilihat bagaimana lebih daripada 90% orang PAS di dalam KUIN yang memangkah BN dan ada yang tidak keluar mengundi kerana marahkan Ustaz Azizan.

Bahkan lebih teruk daripada itu, dikawasan yang dihantar calon bebas dan berkempen untuk menjatuhkan ustaz azizan semata-mata kerana keegoan beliau. Bahkah seorang ulama yang tersohor di Kedah yang juga orang kuat PAS sanggup mengeluarkan “fatwa” dikalangan ahli pas Kedah supaya WAJIB JATUHKAN KERAJAAN AZIZAN. Walaupun dinyatakan hasrat membina KUIN adalah untuk ummat, tetapi ianya tidak lebih daripada untuk memuaskan hati beliau sebagai seorang MB. Sebab itulah pernah terpacul dari mulutnya, “Aku buat KUIN saja, hutang KUIN biaq MB lepas aku pikiaq”. Ternyata kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azizan terlalu tidak bertanggungjawab dan menampakkan keegoan beliau. Apabila ditegur oleh para ulama, dilabelnya ulama hanya sebagai cenonot ayam di dalam PAS yang membuatkan beberapa orang ulama berundur daripada mempertahankan parti. Bahkan ada dikalangan mereka yang melakukan solat hajat dan munajat supaya kerajaan Azizan Razak dijatuhkan. Andai ulama di dalam PAS pun menentang, inikan pula orang biasa.

Saya berasa amat malu apabila mendengar taklimat daripada Ustazah Azlina, Puan Kartini dana Firdaus Pemuda Pas Pokok Sena kepada petugas parti di Batu 9 berkenaan isu KUIN. Apabila ustazah Azlina menyebut, “Kita bangga tuan-tuan, KUIN satu-satunya universiti swasta di dunia yang ada medic”. Ketika itu terlintas difikirannya saya, sungguh pembohong ustazah ini kerana di universiti lain pun ada medic. Saya terus bangun dan balik bersama-sama rakan kerana meluat mendengar celoteh yang tidak berisi itu. Sudahlah kami datang dari jauh, tiba-tiba mendengar cerita dongeng yang direka untuk mempertahankan Ustaz Azizan. Bagi saya kalau nak membodek biar berpada. Sejak dari itu membuka mata saya untuk melihat masalah KUIN dengan lebih dekat dan adil.

Sehingga kini barulah saya tahu kenapa Ustazah Azlina beria-ia mempertahankan Jamil dan Ust Azizan bersama-sama dengan adik iparnya dan seorang aktivis parti lagi. Dia mendapat ghanimah dengan diberi biasiswa menyambung PHD di USM dan terikat kontrak dengan KUIN selama 6 tahun. Manakala adik iparnya Ubaidillah Bin Abdullah pula diberi pelepasan oleh Jamil untuk membuat chambering di Kuala Lumpur dengan bergaji penuh, tetapi alasan yang diberikan adalah beliau pergi menyambung PHD. Ketiganya Ridhauddin seorang aktivis PAS, yang masuk ke KUIN atas tiket politik daripada KIDU bagi mempertahankan KUIN ketika diasak oleh kakitangan. Kini mereka bertiga giat merancang gerakan bersama dengan beberapa orang pelajar untuk mempertahankan tindakan kerajaaan PAS dan menunding jari atas kelemahan ini untuk diletakkan di bahu kerajaan baru.

Sejarah tidak melupakan, disaat-saat pakatan rakyat bercakap tentang kebebasan, kerajaan PAS Kedah dikejutkan dengan penggantungan pelajar di KUIN. Walaupun MB mengatakan ia bukan tindakkannya tetapi disebalik tabir dialah yang menjadi pengerusi di KUIN. Rakan komponen pakatan rakyat dari seluruh negara hanya mampu melihat perkara ini tanpa bersuara. Malah terkeluar dari mulut MB dengan penuh bongkak bahawa “Buku jingga bukan Al-Quran”.

Di dalam isu ini, kita usahlah terlalu meroyan-royan apabila Mukhriz bertindak menyelesaikan masalah KUIN yang dibuat dizaman PAS. Bertindaklah secara matang. Tindakan Mukhriz memberikan kembali hak kenaikkan gaji kepada kakitangan KUIN usahlah dicemuh dan dicaci kerana sememangnya mereka berhak mendapat hak mereka. Sekiranya kita mencaci mereka, lupakah kita 5 tahun akan datang merekalah yang akan mengundi kita.

Termasuk juga kepada Ustazah Azlina yang menggelar kakitangan KUIN yang kenyang dengan kenaikkan gaji dan bonus. Penghinaan ini amat memalukan memandangkan Ustazah Azlina dan adik iparnya juga mendapat imbuhan yang sama.

Pekerja di sektor awam atau badan berkanun tidak boleh disamakan dengan pekerja di dalam parti. Mungkin kita akan bandingkan dengan gaji petugas parti yang rata-rata dibayar dalam lingkungan RM 500- RM1000 sebulan dan ada juga guru PASTI yang dibayar RM200 – RM400 sebulan. Kepada petugas parti bolehlah kita membayar dengan gaji sedemikian atas dasar walak dan pengorbanan kepada parti. Bahkan kerja-kerja kita di dalam parti pun lillahi taala. Tidak pernah menuntut duit walau sesen.
Tetapi amat sedih apabila memerintah pemimpin memenuhkan kantung mereka dengan gaji yang mahal, mendapat AP untuk membeli kereta dengan harga yang murah, menerima elaun mesyuarat dan yang terkini masing-masing menerima duit ganjaran (gratuity) samaada sebagai MB, Exco, Ahli Parlimen, Pegawai Khas dan lain-lain. Ada yang mendapat ganjaran sehingga mencecah 100,000 ribu lebih. Hal sebegini langsung tidak pernah diceritakan kepada petugas parti yang digula-gulakan dengan kerja ikhlas kerana Allah.

Tetapi untuk orang luar daripada parti, pendekatan ikhlas dan pengorbanan sedemikian tidak boleh digunakan. Sewajarnya, semasa memerintah sekurang-kurangnya pimpinan PAS perlu mengurus manusia yang lebih menyeluruh supaya setiap tindakan yang dibuat tidak menimbulkan kemarahan orang awam.

Pembodek sudah tentu akan mempertahankan kita, tetapi bagi yang kritis mereka akan bersuara walaupun dilihat sebagai pemecah belah dalam jemaah. Walaupun kita termasuk saya membenci BN, tetapi sekiranya mereka dapat menyelesaikan masalah KUIN kita sebagai gerakan islam seharusnya bermuhasabah. Allah telah memberikan kepada kita peluang 5 tahun memerintah. Namun begitu, sepanjang banyak peristiwa hitam yang berlaku kepada PAS Kedah.

Ahli Parti Seumur Hidup


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates