Rabu, 28 Ogos 2013

@khairikj @Pakteh @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafiiJawatan Ketua Pemuda UMNO patut dipertandingkan

Memetik kata-kata YB Datuk Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa disini, maka Bangsa Melayu dan Pribumi perlulah bangkit meluahkan serta mempertahankan hak-hak yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa malu, segan, takut dan sebagainya.

Hak-hak ini diperakui oleh generasi awal Cina dan India semasa persetujuan serta pengorbanan orang Melayu membenarkan mereka menjadi rakyat sah negara ini.

Jika pemimpin-pemimpin BESAR UMNO amat takut-takut atau malu-malu atau berhati-hati untuk menjaga hati rakan seBarisan, maka orang Melayu samada secara individu atau melalui NGO wajib meluahkan dan mempertahankan apa yang sudah termaktub.

Kita jangan jadi seperti si Kitol ini yang lupa akan kepentingan bangsa sendiri sebaliknya asyik menjaga hati mereka yang bukan melayu/pribumi. Kita nak tahu juga apa strategi beliau semasa cuba berdebat dengan Ibrahim Ali dan Ezam Md Nor dalam hal-hal yang melibatkan Melayu dan Raja Melayu. Apa agenda atau perancangan sebenar KJ dalam hal ini. Kita rakyat dan penyokong UMNO juga ingin tahu.

Amat sedih jika bangsa Melayu sendiri yang memperlekehkan bangsanya. Apa guna menangis air mata darah jika bumi dipijak milik orang. Perlukah anak-anak cucu kita meludah kubur kita lebih awal sambil mengatakan "inilah barua-barau yang membuatkan kami merempat"!

Jika ini berlaku, KJ adalah salah seorang daripadanya selain Melayu yang berada dalam PKR, UMNO, DAP dan PAS. Mereka sebegini seharusnya tidak deri peluang langsung menjadi ketua-ketua besar negara dan negeri.

Kembali kepada kata-kata Datuk Mukhriz, ianya amat bertepatan sekali pada waktunya kita bangsa Melayu/pribumi tidak perlu menjadi pemalu atau penakut atau terlalu berhati-hati untuk meluah dan mempertahankan apa yang sebenarnya menjadi hak kita. Tidak perlu wujud perasaaan 'inferiority complex' dalam setiap diri kita.

Maka UMNO melalui sayap kanannya yang dulu amat garang PERLU segera kembali berada di depan dalam memperjuangkan hak-hak ini. Jika Pemuda UMNO semua adalah anak jantan dan sayap kanan UMNO yang sebenarnya, maka SEGERALAH berubah. Anda perlu BERANI BERUBAH menjadi garang dan patriotik kepada hak-hak bangsa anda. TENDANG ketepi Ketua yang asyik mempertahankan hak-hak orang lain. Buang ketepi Ketua yang asyik bermain dengan wang dan rasuah. Sudah tiba masanya Pemuda UMNO tanpa beliau lebih gagah dan berani.

Kotakan janji anda Pemuda ! Jangan jadi bacul.

Nota : Apakata penebang buluh lawan Ketua Pemuda Malaysia kali ini?

2 comments:

1 Melayu berkata...

Amat malang nasib bangsa MELAYU,BUMI BERTUAH TANAH MELAYU telah dimiliki oleh kaum PENDATANG dari Negara Cina dan India,semuanya ini adalah angkara dari sikap Pemimpin Melayu yang BACUL untuk mempertahankan HAK HAK MELAYU.

Lebih malang lagi Pemimpin Melayu dalam parti Melayu seperti PAS turut menyokong puak puak Chauvanis Cina,ini yang membuatkan kaum pendatang makin garang dan naik tocang didalam membuat tuntutan tuntutan yang amat melampau.

Pemimpin Melayu UMNO, PAS dan PKR sedarlah negara ini sedang dijajah oleh kaum pendatang,jangan terus menjadi BACUL dan mendiamkan diri apabila HAK HAK Melayu terus dicabar.

Pakteh berkata...

Penebang buluh sedang menilai suara akar umbi. Jika mendapat sokongan ramai....KJ akan ditandingi.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates