Rabu, 28 Ogos 2013

@khairikj @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii Benarkah KJ Mengetuai sebuah sayap Parti Melayu?

ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Kedah Times bukanlah hendak mempertahankan Ibrahim Ali tetapi nampaknya Oxford guy ini sudah cuba masuk campur urusan dalaman Perkasa. Dia sepatutnya menjaga Pemuda UMNO supaya menjadi champion kepada semua isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Pendekatan inilah yang berjaya mengingatkan kerajaan bahawa kepentingan Melayu dan Islam yang disebut dalam perlembagaan perlu dipelihara dan dijaga. Bukannya mengikut kehendak minoriti. Soalan kepada KJ dan Pemuda, pendekatan cara apakah yang Pemuda bawa untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam selama ini? Kita tidak pernah nampak atau dengar statement KJ dan Pemuda mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan dengan kepentingan orang Melayu sebaliknya berdiam diri. Apa yang kita nampak KJ dan Pemuda lebih kepada penumpang sahaja. Lihat isu Gaza, KJ dan Pemuda hanya tunjuk muka apabila mereka nampak ini boleh menaikkan nama mereka.

"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

Adakah cara yang dibuat oleh MCA, GERAKAN, MIC dan DAP memupuk kepada perpaduan? Apakah kenyataan Ketua Pemuda MCA boleh memupuk perpaduan? Pemuda UMNO Pimpinan KJ menjadi pondan apabila rakan se BN mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh hati orang Melayu/Islam. Pendekatan yang dibawa oleh KJ dalam Pemuda UMNO lah sebenarnya yang menjadi penghalang kepada konsep 1Malaysia. Pemuda UMNO pimpinan KJ tidak pernah mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Sedarkah KJ pengorbanan orang Melayu selama ini tidak pernah dihormati atau dihargai oleh sesetengah mereka dari keturunan Cina atau India. Kita berikan kewarganegaraan secara ikhlas tetapi mereka masih hanya menganggap bahawa itu adalah hak mereka. Ya! mungkin benar tetapi tanpa pengorbanan besar orang Melayu, siapalah mereka hari ini.

Benar konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan seperti yang dipersetujui sebelum ini akan TERGADAI jika tiada NGO seperti Perkasa yang mempertahankannya. Kemana Pemuda UMNO dalam isu-isu seperti ini?

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Kalau kita bercakap dengan orang tua, mereka akan kata KJ baru setahun jagung dalam politik, Ibrahim Ali sudah lama makan garam. Benarlah kata mereka, jaguh kampung yang sudah lebih dulu makan garam inilah yang banyak menyuara dan mempertahankan hak-hak keistimewaan Pribumi Melayu. Apa yang lululsan Oxford pertahankan? Jawatan ? (yang didapati secara haram?) Atau mempertahankan MASTER sebenar?

Amatlah sedih kerana Wanita Kuala Kedah menjemput KJ kerana inilah Melayu Liberal yang tidak peduli atau cuba menghapuskan hak-hak orang Melayu. Wanita Kuala Kedah nampaknya tidak memahami hasrat akar umbi dengan menjemput Ketua Pemuda Rasuah merasmikan Persidangan mereka. Tiada orang lain kah yang layak? Ketua Wanita se aliran pemikiran KJ juga ka? Atau Wanita Kuala Kedah juga dibawah genggaman KJ? Heran bin Ajaib! masih tidak ingatkah perjumpaan dengan MT tertinggi dulu semasa Paklah masih berkuasa!



Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Eloklah juga letak jawataan sebagai ahli Parlimen Rembau tu. Ada pun tak berguna, tiadapun lebih elok.

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

Apa yang KJ telah bawa untuk perubahan kepada orang Melayu. Sehingga hari tiada apa yang membanggakan yang diperkenalkan oleh KJ terutama terhadap Pemuda kecuali imej elitis serta imej pencari projek atau RASUAH. Pemuda UMNO lah yang sepatutnya membawa perubahan itu kepada orang Melayu terutama Pemuda, bukannya Ibrahim Ali. Beliau seorang Presiden Perkasa yang bertujuan menjaga hak-hak keistimewaan Melayu bukan membawa perubahan kepada orang Melayu. Perubahan adalah tugas Kerajaan dan Pemuda UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan yang memerintah. Lucu, Pemuda UMNO pun KJ tak boleh bawa ke depan, suruh orang pulak yang melakukannya.
"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu.

Desakan Ibrahim Ali adalah desakan Perkasa, desakan Perkasa adalah desakan akar umbi orang Melayu. Jadi KJ tak melayan desakan orang Melayu! Oooooop lupa, KJ bukan dilantik sebagai Ketua Pemuda oleh orang Melayu, tapi dia dilantik oleh $$$$!

Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat. Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA.

Ibrahim Ali mendesak atas kapasiti PERKASA, bukannya atas kapasiti Politik. Katanya belajar dari Oxford tapi desakan macam inipun masih tak faham. Lagipun bukannya dia desak KJ letak jawatan Ketua Pemuda tapi ahli Parlimen.

Inilah cakap ala Anwar. KJ tidak mempertahankan kenyataan Ka Siong tapi kata-kata Ka Siong tu atau tindakan Ka Siong tidak salah. Issk berbelit pulak. Adakah maksud tu hampir sama? OOO KJ tidak mempertahankan Ka Siong tapi bersetuju dengan kenyataan Ka Siong. Ini kah yang dimaksudkan KJ. Kalau macam tu benarlah KJ memang mempertahankan apa yang disuarakan oleh Ka Siong.

"Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

Heran, apakah mempertahankan hak-hak Melayu dianggap melaga-lagakan mereka dalam BN? Yang Ka Siong membuat kenyataan sebegitu tak melaga-lagakan orang-orang Melayu dengan mereka ka? Atau memang Pemuda UMNO tiada sensitiviti terhadap isu-isu keistimewaan orang Melayu ka? Kalau macam tu, bubar saja saya Pemuda tu atau masuk saja sayap Pemudi!


Memang lah tidak sensitif bagi melayu Liberal macam KJ, tapi bagi melayu akar umbi perkara sebegini amat sensitif. Dia seolah-olah mempertikai hak-hak orang Melayu. Dan KJ sebagai KETUA PEMUDA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Apakah KJ ingat dia mengetuai Persatuan bukan Melayu ka?
"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.

Ibrahim Ali memanglah bukan Ahli BN tetapi beliau ada hak untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu walaupun tidak berada dalam parti Melayu. Yang KJ pulak berada dalam parti Melayu, sebaliknya meruntuhkan hak-hak orang Melayu. Nasihat kami LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMUDA PARTI MELAYU tu, jangan jadi hipokrit. Anda adalah lialibiliti kerana pertama kali dalam sejarah Calon didapati bersalah RASUAH boleh bertanding dan menang. Memang SAH Rasuah!

Nota KedahTimes : Nak tahu kenapa ramai intelek muda lari dari Pemuda UMNO? Mereka sudah tidak nampak yang Pemuda mempertahankan hak-hak bangsa mereka. Pemuda UMNO lebih mempertahankan poket mereka dan imej koperat mereka.

10 comments:

Wake UP! berkata...

Ketua Pemudi ni patut cepatlah masuk PKR. Naikkan semula nama Pakat Keluar Ramai-Ramai agar lebih terlingkup lagi.

Tanpa Nama berkata...

kera jambu ni mmg dah nak jadi balaci cina pulak...maklumlah org dah tak laku sekarang ni nak test market dgn org cina pulak...

Tanpa Nama berkata...

KJ memang tidak boleh diharap dan memimpin org melayu!! - Kubang Pasu

penyokong khairi berkata...

aku sependapat dengan suadara khairi jamaludin.ibrahim ali tak berapa boleh pakai sangat.sikit-sikit boleh laa.KJ cerdik juga politik dia.

Tanpa Nama berkata...

PEMUDA UMNO LONGLAI BUKAN KERANA BUDAK KJ SAHAJA.MEMANG PEMUDA MAI DARI SEPESIS YG LONGLAI PUN.WARISAN HISHAMUDIN PUN DAH TEROK.PEMUDA PATUT DIBUBARKAN SAHAJA.BERAHIM ALI SAPA TAK KENAL.KATAK PISANG MACAM DIA BOLEH LOMPAT SANA SINI.KALAU DIA DUDOK TEMPAT KJ LAGI CEPAT PEMUDA DAN UMNO LINGKUP.PERKASA PUN AKU TENGOK KADANG-KADANG MAIN KAYU TIGA JUGA.DEPA DUA KJ DAN BERAHIM ADA KES PERIBADI SILAM ZAMAN PAK LAH.ITU YG KONFLIK SAMA DEPA DUA TAK HABIS-HABIS.KITA SEMUA JANGAN JADI BODOH.ADA OTAK KENA PIKIAK.PEMIMPIN MELAYU RAMAI YG TAK KONSISTEN.SENTIASA MERAYAU DIALAM MAYA CARI PELUANG DAN KESEMPATAN.PERKASA ALAT BERAHIM ALI.PEMUDA ALAT KEPENTINGAN ISI PERUT SENDIRI SAHAJA.MESYUARAT PEMUDA DIZAMAN ALAF BARU PUN PENOH DENGAN PENIPUAN DAN LUPA KATA KEDAH PAS BERJUASA.SALAH SIAPA.BERAHIM KE KJ.SALAH PEMIMPIN UMNO TEMPATAN ITU SENDIRI.

1 Melayu berkata...

KJ menang Ketua Pemuda UMNO SECARA RASUAH,RASUAH ITU HUKUMNYA HARAM SAMA MACAM MAKAN BABI.

KJ jaguh globalisasi,melayu liberal dimana pendiriannya cukup jelas sama dengan pendirian Anwar AL JUBB,Zahid Ibrahim dan Khalid Samad.Bagi mereka Negara ini CINA punya ,India punya DAN JANGAN INGAT MELAYU BOLEH AMBIL SEMUA.

Tanpa Nama berkata...

AKU MEMANG DAH MELUAT HABIS METER DENGAN KJ NI. HARAP-HARAP PM JAGA-JAGA DENGAN SI KJ NI. APA YANG IBRAHIM ALI KATA MEMANG BETUI.

detguaq berkata...

garisan terakhir untuk kj. tindakan dia sudah terlalu melampau

warisan berkata...

Aku adalah antara ramai ahli UMNO yang tak percayai kepimpinan KJ menantu Pak Lah ni. Dengan budaya lagak sombong dia yang membawa arus tak ketahuan kepada perjuangan Pemuda.

Si budak hingusan dalam politik ni cuba mengajar Ibrahim Ali dalam memperjuangkan hak Melayu. Walaupun Ibrahim Ali dikatakan katak, tetapi dia tidak pernah membelakangkan perjuangan untuk bangsa Melayu.

Ini membuat aku hairan macam mana Ketua Bahagian Pendang menjemput si KJ yang dibenci kebanyakan ahli untuk merasmikan Perwakilan BAHAGIAN. Tak masuk akal, seorang Ketua PEMUDA merasmikan mesyuarat Perwakilan Bahagian. Apa Ahli-ahli MT lain dah tak mau ke Pendang ka? Atau ada apa-apa muslihat di belakang tabir?

Sama juga dengan Perwakilan Wanita Bahagian Kuala Kedah. KJ juga yang merasmikan. Ketua PEMUDA merasmikan mesyuarat Perwakilan WANITA. Dah terbalik kot dah.

Awat yang dok jadi cacamarba ni? Sampai tak tau kepala ekoq. Tu pun nak jadi ketua.

Sudah lah KJ, hang ni memang tak layak jadi Ketua Pemuda UMNO. Sebab bujur lalu melintang patah, Pemuda UMNO mestilah tetap memperjuangan Agenda Melayu di Tanah Melayu ini.

Tanpa Nama berkata...

mmmmm aku sokong ibrahim ali.. kiter sebagai org melayu sepatutnya mempertahankan hak kiter... Tentang isu jpa. aku pengi hantar adik ker msu alhamdililah mendapat tajaan jpa.. pemerhatian aku hanya 20% org melayu yang daftar pada hari tuu yang lain semua non bumi sungguh sedih.. adik aku dapat untuk pangillan kedua.

Org melayu yang dapat tawaran kebanyakan dari berpendapatan tinggiii... permerhatian aku hanya keluarga aku yang naik wira yang lain datang dengan kereta mewah.. bagi aku jpa sepatutnya menawarkan tajaan mereka kepada org yang kurang kemampuan walaupun result spm mereka kurang cemerlang.. sekurang2nya dapat meningkatkan ekonomi keluarga setelah tamat pengajian kelak..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates