Rabu, 14 Ogos 2013

Kilang Fitnah PAS ambil alih tugas syaitan

Salam Semua pelawat dan Peminat KedahTimes,
 
  Agak lama bercuti dari menulis kerana KedahTimes berpendapat yang bulan ramadhan kita perlu lebih mengutamakan ibadah kita kepada Allah SWT. Dan seterusnya amalan bulan ramadahan itu kita teruskan di bulan-bulan lainnya.
 
  Tapi nampaknya kilang-kilang fitnah PAS tidak pernah peduli samada bulan ramadhan atau tidak. Mereka selamba saja menabur isu-isu yang amat jauh dari kebenaran. Apakah mereka tidak berpuasa? Atau mereka hanya berlapar dahaga sahaja di bulan ramadhan.
 
  Hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan dengar niat dihati mereka. KedahTimes hanya boleh mengagak. Jika tersilap, mohon maaf.
 
  Sempena Syawal ini, masih belum terlewat KedahTimes ingin memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika selama ini tulisan dan perbuatan KedahTimes menyentuh sesiapa. KedahTimes tetap memegang ' Hablun Minnalllah, Hablun Minannas'.  
 
  Kesalahan dan kesilapan kita terhadap Allah SWT, kita boleh minta ampun dariNya. Kesalahan dan kesilapan semasa manusia, kita diminta memohon maaf sesame manusia.  Semoga kita bermaafan sesama menusia.

  Semasa percutian KedahTimes, pelbagai isu duhamburkan kilang-kilang PAS yang KedahTimes rasakan tidak berpuasa seperti yang dimaksudkan oleh Islam. Mereka hanya berlapar dahaga. Jadi sebab itu, mereka tidak pernah rihat dari mencipta fitnah dan membohongi manusia.
 
  Malah KedahTimes hairan, sebulan dalam bulan ramadhan iblis dan syaitan tidak bekerja, tapi kilang fitnah PAS mengambilalih tugas-tugas iblis dan syaitan tersebut.
 
  Apakah mereka setaraf ibilis dan syaitan? Tepu dada, Tanya iman.


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates