Khamis, 29 Ogos 2013

Memang PAS Kedah Sokong Syiah

Seperti biasa, jika pihak UMNO ingin melulus dan melaksanakan sesuatu enakmen berkaitan dengan syariah, PAS melihat ianya bakal menghilangkan populariti mereka dikalangan rakyat. Mereka sangat takut jika perkataan Islam tidak dikaitkan dengan PAS.

Mereka sangka merekalah champion kepada Islam, walhal 5 tahun memerintah Kedah, tiada satu enakmen pun terutama berkaitan dengan syariah mereka luluskan. Malah untuk melaksanakan enakmen yang sediaada pun mereka gagal kuatkuasakan.

Terkini, mereka TIDAK langsung menyokong ENAKMEN MEMBENTERAS PENYEBARAN FAHAM SYIAH yang dibentangkan di sidang DUN Kedah. Mereka mengambil tindakan TIDA MENYOKONG atau BERKECUALI.
APAKAH INI BERMAKSUD PAS MENYOKONG SYIAH DISEBARKAN DI MALAYSIA?

Apakah Syaih menjadi salah satu cabang dalam PAS? Atau Memang ramai penyokong PAS sudah menjadi penganut fahaman syiah.

Kita tertanya-tanya kenapa PAS tidak bersama UMNO dalam proses pembenterasan Fahaman Syiah ini. Sebaliknya, cuba bermain isu lain yang tidak sama sekelai relevan dengan isu akidah Ahli Sunnah.  Malah Mahfuz lebih banyak mempropagandakan ketidakpuasan staf insaniah Holding Sdn Bhd tidak dibayar gaji oleh kerajaan Kedah.

PAS sudah sebati dengan SYiah agaknya. Sebab itu mereka tidak menyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam membenteras fahaman ini.

Atau PAS memang SYIAH dan SYIAH adalah PAS. Maka ini menjadi pelengkap kepada tambahan satu rukun tambahan iaitu 'al wilayah' dalam agama Syiah.


Turut menjadi sejarah kerana keputusan meluluskan enakmen jenayah syariah dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen itu bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Pembangkang tidak bersetuju kerana mahu mengambil kira hukum hudud namun Mukhriz mereka perlu faham pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan Penasihat Undang-Undang.

Dalam undian berbelah bagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.

"Dengan kelulusan enakmen ini isu Syiah dah selesai. Kita dah ada satu enakmen yang membenarkan pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah," kata Mukhriz.
ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Korang baru tahu?

Penjajah dah lama dah tahu...

sebb tu depa luluihkan pendaftaran sebuah parti dengan akronim hebakt...

Partai Ajaran Syiah...

(P. A. S.)?

Tanpa Nama berkata...

Satu pengajaran buat ustaz-ustaz dan orang-orang tertentu dalam jabatan tertentu di Kedah yang dilihat seperti penyokong PAS selama ini tetapi merekalah di belakang DMM dalam memerangi Syiah ini. Apakah peristiwa ini akan membuka mata mereka akan siapakh puak PAS ini sebenarnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates