Jumaat, 30 Ogos 2013

@MukhrizMahathir PAS Memang Suka Fahaman Sesat tersebar

Selepas 5 tahun PAS memerintah Kedah, satu habuk enakmen atau rang undang-undang pun mereka tidak bentang dan luluskan. Malah undang-undang sedia ada pun mereka gagal kuatkuasakan.

Ini disebabkan mereka lebih utamakan kekayaan dan ketamakan memiliki wang ringgit. Maka mereka biarkan segala jenis maksiat dan keruntuhan tamadun Islam dilakukan di Kedah.

Maka tidak hairanlah jika kita dapati lesen hiburan dan pusat hiburan dikeluarkan dan tumbuh bagai cendawan pada era pemerintahan PAS.

Samseng-samseng dan kafir lebih takut kepada UMNO dari PAS dalam menjalankan operasi maksiat mereka. Jika dulu mereka bebas beroperasi, kini banyak yang sudah tutup kedai dan tidak berani beroperasi secara terbuka.

Sadis, PAS sekali lagi menolak kerajaan Kedah membenteras fahaman songsang atau sesat dari disebarkan di Kedah. Mereka rela fahaman yang bertentang dengan ahli sunnah wal jamaah disebar. Mereka rela fahaman syiah yang tidak diiktiraf ahli sunnal wal jamaah disebarkan. Malah ada ADUN Pas menyifatkan syiah sebagai satu mazhab.

Amat memalukan kerana ahli sunnah wal jamaah hanya iktiraf 4 mazhab sahaja. Maka sahlah PAS menganggap syiah sebagai satu mazhab yang boleh disebarkan.

Sebab itulah PAS tidak langsung menyokong Rang Undang-undang membenteras ajaran atau fahaman sesat yang bertentangan dengan fahaman ahlil sunnah wal jamaah.

Sebaliknya mereka putar isu asal yang bertujuan untuk memberi kuasa untuk membenteras apa saja fahaman atau ajaran sesat termasuk syiah, ayah pin dan sebagainya kepada pihak berkuasa, kepada isu zina, minum arak dan sebagainya.

Inilah PAS, sewaktu mereka perintah 5 tahun, tidak pernahpun mereka sentuh tentang arak dan zina sebaliknya mereka galakkan dengan memberi lesen dengan banyaknya kepada operator pusat hiburan. Sebab itulah, kita dapati cukai kutipan pusat hiburan mendadak naik masa pemerintahan PAS. 

Sedihnya lagi, semua duit kutipan tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun negeri. Jadi semua dapat merasa duit hiburan. Hebat PAS!

Jika kita lihat rang undang-undang tersebut, ianya bekal memberi kuasa penuh untuk membenteras apa saja ajaran atau fahaman songsang  yang bakal timbul. Jika timbul ajaran ayah pin, PAS sudah tentu merestuinya kerana mereka tidak menyokong rang undang-undang tersebut. Bertibaranlah pengikut ayah pin di Kedah.

Tapi bagi UMNO ajaran ayah Pin bersalahan dengan ajaran Islam, maka patut dibenteras.
Siapakah yang mempertahankan Islam sebenarnya? PAS yang menyokong Ayah Pin dan Syiah? Atau UMNO yang ingin menghalang mereka dari menyebar ajaran sesat tersebut?

KedahTimes berkeputusan yang PAS memang suka ajaran sesat wujud kerana mereka pun sedang membawa ajaran yang menjurus kepada kesesatan. PAS TIDAK PERNAH PERTAHAN ISLAM, sebaliknya MEMPERALATKAN ISLAM.

Jauhilah dari PAS kerana PAS tidak pernah menyokong apa saja yang yang berkaitan Islam dilaksanakan di Kedah dan Malaysia amnya.

ads

1 comments:

Xpas berkata...

Segala bentuk segala cara yg termampu mencegah kemungkaran dan kesesatan, serta pemurnian aqidah seharusnya disokong.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates