Rabu, 28 Ogos 2013

Perlukah Live Streaming atau Broadcast Sidang DUN?

Sidang DUN Kedah berlangsung dengan harmoni dan lancar. Kedua-dua pihak bertanya dan menjawab dengan baik. Mungkin ada satu dua isu yang menaikkan semangat untuk terlebih menjawab atau terlebih menyoal. Itu perkara biasa.

KUIN menjadi isu utama kerana semua orang berminat dengan isu KUIN. Isu KUIN diputarbelitkan oleh PAS sehingga ada bijak pandai percaya yang KUIN akan ditutup.

KUIN tidak pernah ditutup malah dimantapkan lagi dengan pelbagai initiatif. Contoh Kuliyah Perubatan yang selama dibawah PAS boleh dikatakan lebih mayat dari pelajar yang mendaftar, kini berkerjasama dengan Kolej Perubatan MAHSA untuk memajukan kuliyyah tersebut. TAPI PAS menuduh Kuliyah tersebut diswastakan atau dijual.

Kerjasama adalah perkara biasa dalam PENDIDIKAN. Malah banyak universiti bekerjasama dengan counterpart dari dalam dan luarnegeri dalam bidang-bidang tertentu. AMAT jarang kuliyah atau fakulti di swastakan kepada sebuah sdn bhd untuk uruskan.


Puak PAS memang suka ganggu rumahtangga orang. Mereka kalau boleh nak tahu spender warna apa bini kita pakai. Malam tadi pukul berapa bini ajak tidur. Yang mereka tidak mahu tahu ialah kebaikan yang dilakukan. Keburukan yang menjadi idaman puak PAS.

Sebab itu mereka mempersoalkan Live streaming atau broadcast sidang DUN. Dalam soal pemerintahan, membuat dasar atau apa saja perbincangan, ada perkara yang tidak boleh disebarkan dan ada perkara boleh diketahui orang awam.

Kalau kita nak pakai baju sut merah untuk ke apa-apa majlis, bolehlah kita umumkan tetapi sepnder warna apa tidak perlulah kita beritahu orang ramai. 

Rakaman bolehlah disiarkan kepada orang awam demi untuk menjaga sensitiviti tertentu yang sepatutnya rakyat tidak diberitahu.

Tapi dek kerana tiada isu penting atau kritikal kerana jika ditanyakan pun jawapan akan kena ke atas batang hidung mereka, maka isu seperti live streaming atau broadcast menjadi isu utama mereka.

Malah DPMM dituduh takut untuk berjumpa dengan staf Insaniah Holdings Sdn Bhd yang katanya akan datang menuntut gaji mereka. Pelik, bila nak masuk kerja dengan senyum terima 'term and con' Sdn Bhd, tapi bila datang tentang gaji nak pi kacau kerajaan pulak. Tak ke bodoh tu. Ginilah caranya mereka nak lari dari isu sebenar.

Inilah perangai orang PAS, dalam luar pakaian orang mereka nak tahu. Tapi mereka tak sedar yang jika keinginan mereka untuk tahu semua inipati perbincangan DUN, pakaian mereka sebenarnya terlondeh. Nampak apa warna spender semasa mereka memerintah.

Inilah, kalau dah dasar pembangkan, selamanya menjadi pembangkang. 

Saranan KedahTimes, jadilah pembangkang yang baik!

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates