Isnin, 26 Ogos 2013

Sidang DUN 2013 - Pertama bagi DPMM

Walaupun sidang ini merupakan sidang DUN Pertama bagi DPMM, tetapi dalam segi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pembangkang, beliau sangat berpengalaman dalam menjawab soalan-soalan tersebut di Parlimen semasa menjadi Timbalan Menteri MITI.

Ini bakal menggentarkan pihak pembangkang yang dikatakan bakal menyerang sidang DUN kali ini dengan pelbagai isu. 

Blog-blog dan portal Pro PAS memaparkan pelbagai isu yang remeh temeh tetapi  bakal memakan diri mereka sendiri. 

Isu yang besar yang sedang dimainkan oleh mereka ialah KUIN.

Dikatakan yang pekerja-pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd akan berdemo depan Wisma hari ini untuk menuntut supaya kerajaan Negeri membayar gaji mereka yang tertunggak  selama 3 bulan. Apa rasionalnya mereka meminta kerajaan Negeri membayar  gaji mereka tidak kita ketahui kerana mereka adalah sebuah syarikat sendirian berhad.

Maka adalah tugas besar CEO Insaniah Holdings memastikan gaji pekerjanya dibayar, bukan Kerajaan Negeri. 

Kita tahu yang kebanyakan pekerja Insaniah Holdings terdiri dari mereka yang memegang sekurang-kurangnya dua jawatan. Satu jawatan bergaji besar dalam Insaniah Holdings dan satu lagi jawatan dalam PAS yang tiada bergaji.

Secara terus-terangnya, mereka mendesak kerajaan negeri yang diterajui BN untuk membayar gaji pekerja parti PAS. 

Untuk menjustifikasikan permintaan mereka itu, mereka mengatakan yang penubuhan Insaniah Holdings dihadiri oleh MB, Pengawal Kewangan dan pegawai kerajaan Negeri, jadi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri membela mereka.
Tapi mereka tidak sedar yang mereka berada dibawah satu organisasi yang tertakluk kepada prosedur dan undang Registrar of Company, yang mana CEO bertanggungjawab memastikan pekerjanya dibayar gaji dengan sebaiknya.

Malah Insaniah Holdings bukanlah anak syarikat Kerajaan Negeri tetapi anak syarikat KUIN yang ditubuhkan untuk berniaga atau mencari wang tambahan untuk KUIN. BUKAN KERKAH duit KUIN!

Baliklah rumah dan baca undang tubuh sayrikat sendirian berhad. Tengok betul-betul sapa yang patut bertanggungjawab dalam Sdn Bhd.

Kalau dah tak tahu apa itu Awam atau Sdn Bhd, tanyalah loyar buruk PAS Mahfuz yang kata Syiah tu kuih. Mungkin dia boleh beri jawapan.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates