Isnin, 26 Ogos 2013

Sidang DUN Kedah 2013

Semalam 25 Ogos 2013, perasmian Sidang DUN Kedah di rasmikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Sidang pertama selepas beberapa tahun PAS memerintah Kedah.

Dan kali ini sidang bakal diketuai oleh Datuk Paduka Mukhriz sebagai ketua kerajaan negeri. 

Harapan kita agar sidang DUN berjalan dengan lancar. 

Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku, beberapa perkara perlu di ambikberat oleh semua pihak.

1. Penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Ianya perlu ditangani segera dengan baik.

2. Perkara-perkara yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tidak diperdebatkan.

3. Harapan beliau agar Kedah menjadi Lembah ilmu.

ALOR SETAR 25 Ogos - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah menyeru semua pihak bersatu menangani penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tunku Annuar turut berharap perkara itu tidak dipolitikkan kerana semua pihak bertanggungjawab menanganinya dan perbalahan berhubung perkara tersebut tidak harus timbul kerana sudah disepakati secara bersama.

"Kerajaan perlu bertegas menangani penularan ajaran tersebut yang turut ditolak Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mengamalkan ajaran ASWJ selain daripada ajaran ini yang bercanggah dengan hukum syarak adalah dilarang.

"Janganlah sekali-kali ia dipolitikkan dan saya menggesa semua pihak bersatu menangani isu ini. Tanggungjawab kita semua cukup signifikan. Sudah berlalu masa untuk berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati bersama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertitah dalam majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Turut berangkat, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Yang turut hadir, Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian serta Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Perasmian tersebut dihadiri Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada penyokong kerajaan dan pembangkang.

Bertitah lanjut, Tunku Annuar menyeru perkara yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tidak diperdebatkan.

"Persoalan berkaitan sejarah, kemuliaan Islam, kewibawaan institusi, kedaulatan Raja-raja dan hak-hak kaum, jangan lagi disentuh atau diperdebatkan.

"Kerajaan dan pihak pembangkang mengetahui peranan masing-masing. Saya ingin tegaskan ruang yang ada ini harus diisi bagi memacu agenda transformasi," katanya.

Menyentuh pembangunan negeri ini, Tunku Annuar berkata, beliau yakin Kedah bakal berubah wajah kepada sesuatu yang memberi nikmat dan keselesaan kepada rakyatnya hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Mengamati keseluruhan gerak kerja yang sedang disusun kerajaan negeri saya berkeyakinan status Kedah sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mampu dipahatkan.

"Kerja keras Menteri Besar bersama pasukannya dilengkapi jentera Perkhidmatan Tadbir Negeri yang sentiasa menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan serta dokongan rakyat dan pelbagai pihak pastinya memudahkan segala usaha menjadikan Kedah sebuah negeri maju pada dekad mendatang," katanya.

Tunku Annuar turut melahirkan hasratnya supaya Kedah mampu dilonjak menjadi Knowledege Valley atau Lembah Ilmu.

"Ini misalnya dapat digarap melalui pembukaan lebih banyak cawangan kampus universiti swasta dan awam dari dalam dan luar negara. Dalam masa sama, saya mahu supaya dikekalkan sejarah warisan dan budaya untuk tujuan itu," katanya.



ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates