Rabu, 21 Ogos 2013

Syiah : PAS masih bersandiwara

PAS sentiasa bersandiwara dalam apa saja tindakan mereka.

Terkini mereka menuduh Kerajaan sekarang berundur ke belakang kerana ingin menutup kampus KUIN Kuala Ketil. Walhal yang sebenarnya mereka ingin menutup segala penyelewengan dan kesilapan pentadbiran KUIN.

Bayaran balik pinjaman KUIN kepada institusi kewangan saja mencecah 43 Juta setahun. Kos operasi dan pentadbiran KUIN juga mencecah 12-13 juta setahun. Bayangkan jika hampir 35% dari perbelanjaan kerajaan negeri  disalurkan kepada KUIN, banyak projek atau keperluan-keerluan rakyat yang lain tidak dapat dilaksanakan selama 15 tahun. Ini disebabkan terma pembayaran melibatkan masa selama 15 tahun dengan institusi kewangan terbabit.

Maka meroyanlah blogger-blogger atau puak-puak propaganda PAS mengatakan yang KUIN akan ditutup walhal KUIN masih berjalan dengan baik di Mergong. Yang bakal ditutup ialah kampus di Kuala Ketil yang TIADA asrama dan masjid yang dibina oleh PAS dengan hutang yang amat banyak.

Maka dengan memainkan isu-isu sebegini, mereka dapat menenggelamkan isu Syiah yang sedang bertapak dalam PAS. 

Mereka cuba menghapuskan elemen-elemen Syiah yang semakin merebak dalam PAS. Yang mana syiah telahpun di haramkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, malah ulama-ulama ahlul sunnah dunia telah menjatuhkan hukum yang syiah ini kufur dan terkeluar dari ajaran sebenar Islam.

Tetapi PAS berdiam diri apabila ahli-ahlinya menerima dan mempraktikkan ajaran syiah ini. Malah mereka mainkan atau 'spin' kan isu lain supaya rakyat tidak mengetahui yang PAS di resapi syiah.

Video dibawah membuktikan betapa sesatnya syiah.




ads

1 comments:

Megat Alam Gempita berkata...

sekadar tanya...bukankah PAS mempunyai perancangan membina kampus tanpa asrama di Kuala Ketil agar pemilik-pemilik rumah yang kebanyakkannya orang PAS di situ boleh menyewakan rumah mereka pada pelajar dengan harga tinggi. Sambil-sambil pelajar boleh guna masjid disitu yang menjadi nadi pergerakkan syiah? ADUN PAS Kubang Rotan ada jawapannya...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates