Selasa, 10 September 2013

Blogger BN Kedah : Aku yang menurut Perintah

Kita seringkali diperingatkan tentang campurtangan asing dalam hal ehwal politik Malaysia.

Banyak negera luar hancur apabila negara asing mula mencatur politik dalaman sesebuah negara. Mesir, Libya, Tunisia dan kini sedang berlaku di Syria. Ini menyebabkan pihak tertentu saja dalam negara yang beroleh kesejahteraan hidup.

Malah ramai rakyat yang terpinggir gara-gara pemerintah yang dipilih terhutang budi dan ingin membalas budi pihak luar yang membantu. Pihak luar ketawa berdekah-dekah melihat kejayaan mereka. Pihak dalam negara menangis kerana sentiasa bertelagah antara satu sama lain.  

Di Kedah, blogger-blogger Pro BN membantu BN tanpa banyak pertolongan dari pihak luar. Kalau adapaun dari luar, ianya 'a paid blogger'. You pay me, i will write for you. Mereka tidak tahu isu sebenar yang berlaku di Kedah, sebaliknya bergantung kepada sumber-sumber mereka yang tertentu sahaja.

Tetapi blogger yang berada dikalangan rakyat Kedah tahu isu sebenar di Kedah. Jadi mereka boleh dikatakan amat mengetahui hal-hal isi hati rakyat di Kedah. Dan mereka bergerak secara sukarela dan tanpa tuan.

Ini membuatkan ada beberapa pihak yang teringin sangat untuk mengawal mereka, malah ingin membentuk satu kumpulan yang berketua. Maka kedengaranlah pelbagai Jabatan atau Kumpulan yang bakal ditubuhkan.

Hasilnya lahirlah mereka-mereka yang merasakan mereka amat layak untuk mengetuai persatuan/jabatan/kumpulan ini. Berseronok dan mengaku diri hebat demi mendapat jawatan. 

Tapi bagi KedahTimes, bukan jawatan sangat yang mereka hendak pegang tetapi imbuhan yang bakal mereka perolehi. Yang mereka nampak ialah curahan peruntukan yang bakal diurus kelak terutama ketika dekat dengan PRU.

Tanpa mereka sedari yang berbuatan mereka itu boleh menjahanamkan sifat PEJUANG yang sediaada dikalangan blogger-blogger di Kedah. Kita bakal melihat akan timbul ramai blogger baru yang bukan PEJUANG tetapi PENCARIWANG. 
Hasilnya bukan mereka yang benar-benar sayangkan UMNO tetapi lebih kepada sayangkan wang. DAN blogger-blogger yang sejati dan bersifat pejuang akan terpinggir begitu sahaja.

Jika ini dibiarkan berlaku, kita bakal saksikan ramai blogger di Kedah yang mengeliligi ahli politik UMNO dan menulis hanya untuk tuan yang membayarnya, bukan menulis untuk UMNO.

Kepada pihak-pihak yang ingin sangat mencatur serta mengawal blogger-blogger di Kedah, KedahTimes sarankan samada lupakan saja atau serahkan saja kepada blogger-blogger Kedah tentu diri mereka. Jika mereka ingin menubuh persatuan, berilah sokongan bukan ARAHAN.

Jika mereka ingin seperti sekarang, biarkanlah tetapi bantulah mereka dalam mengkordinasi sesuatu program atau perjuangan. Ramai dari mereka yang berkaliber dan layak. Mereka sendiri kenal antara satu sama lain.

Jika nak pilih ketua korrdinasi pun, bincanglah dengan mereka dulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

KedahTimes tidak mahu melihat jutaan duit dilaburkan tetapi Kedah tidak dapat dipertahankan. Yang untung orang-orang tertentu saja. Politik di Kedah hancurr.... Ini yang ditakutkan.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates