Selasa, 10 September 2013

Datuk Paduka Mukhriz : Naib Presiden UMNO

Dulu KedahTimes begitu menyokong kuat untuk DPMM bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sehinggakan menolak untuk bersama team KT dalam membantunya juga untuk jawatan yang sama.

Tetapi pengiraan semula undi yang memakan masa sehingga 8 jam yang KedahTimes anggap satu perkara yang TIDAK PROFESSIONAL telah berlaku demi untuk memenangkan seseorang. Inilah percaturan kuasa dalam UMNO. Yang layak tidak diberi peluang, malah yang bermain dengan wang dan kata-kata diutamakan.

Kedahtimes dan rakyat Kedah meneruskan hasrat untuk berketuakan seorang yang berkaliber dan berkebolehan dengan menyeru untuk membawa DPMM sebagai orang nombor satu di Kedah. Dan ianya menjadi kenyataan dan beliau kini menerajui Negeri Kedah dan UMNO Kedah.

Kini angin-angin untuk melihat beliau meneruskan menaiki hairaki UMNO kedengan diseluruh Malaysia. 

KedahTimes merasakan DPMM amat layak untuk menduduki jawatan tersebut. Dan merasakan yang beliau boleh menang jawatan tersebut melihat suasana politik semasa. MELAINKAN ada hanky panky macam pemilihan KP UMNO dulu.
Dan jika DPMM memilih untuk bertanding, KedahTimes akan menyokong sepenuhnya hasrat tersebut dan cuba membantu satakat mampu untuk memenangi beliau.

Dan KedahTimes tidak akan dan tidak pernah menjadi hipokrit dalam keadaan sebegini. Jika itulah sokongan KedahTimes, maka itulah pegangannya selagi pemimpin tersebut tidak terpesong dari perjuangan UMNO.   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malah ramai yang sebenarnya mahu Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan naib. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga disebut-sebut akan masuk bertanding kerusi naib.

Bagaimanapun Musa dan Mukhriz masing-masing belum membuat pendirian muktamad mengenai desas-desus tersebut.

Menerusi senarai kepimpinan semasa, Musa merupakan ahli MT Umno.

Menariknya ialah sekiranya Musa mengesahkan untuk memperbaiki kedudukannya dalam senarai kepimpinan tertinggi Umno, ia bakal memeningkan kepala perwakilan ekoran dua pemimpin Sabah bersaing merebut salah satu daripada tiga kerusi naib.

Bagi Mukhriz pula, sekiranya beliau menawarkan diri bertanding merebut kedudukan berkenaan, ia bakal memberi saingan sengit kepada barisan senarai pemimpin senior yang mahu berada di posisi tersebut.

Kehadiran Mukhriz dilihat memberi pilihan yang lebih segar kepada perwakilan bagi mengisi salah satu kerusi naib.

Barang diingat, Khairy Jamaluddin telah pun mengisytiharkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan daripada kedudukan semasa, nampaknya seperti tidak ada pesaing yang serius dan benar-benar kuat yang dapat mencabar kedudukannya.

Atas kapasiti sebagai ketua pemuda, Khairy adalah juga bertaraf naib presiden.

Jika Mukhriz yang seangkatan dengan Khairy dalam hirarki kepimpinan masa depan Umno tidak menawarkan diri ke jawatan yang lebih utama sekarang, ini bermakna beliau akan ketinggalan dari segi kedudukan di belakang Khairy.

Oleh yang demikian, pemilihan kali ini adalah penting untuk pemimpin muda Umno seperti Khairy dan juga Mukhriz menentukan masa depan politik mereka dengan menempatkan diri dalam kedudukan hirarki semasa. Mungkin di peringkat ahli akar umbi, peremajaan dan transformasi politik dalam Umno akan lebih bermakna sekiranya hierarki tiga teratas kepimpinan Umno dapat diisi oleh seorang pemimpin muda.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ALOR SETAR 9 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir masih belum membuat keputusan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti Oktober ini walaupun mendapat undian tertinggi di dalam sebuah blog untuk jawatan Naib Presiden.

Kata beliau, sehingga hari ini beliau didatangi oleh rakan-rakan yang memberi pelbagai pandangan dan akan mengambil kira semua pandangan itu sebelum boleh membuat sebarang keputusan.

"Saya tahu mengenai blog ini tapi saya tak boleh buat keputusan hanya kepada berita daripada blog. Saya kena pertimbangkan pelbagai perkara sebelum saya buat keputusan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan di Seri Mentalon di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, menjadi keutamaan beliau untuk menjaga hal ehwal negeri Kedah terlebih dahulu.

"Saya ingat itu satu tanggungjawab yang penting dan berat untuk saya pikul, jadi apa yang saya perlu lakukan selepas ini ialah saya kena ambil kira perkara ini.

"Saya tak mahu rakyat Kedah atau ahli UMNO Kedah merasakan bahawa sekiranya saya pegang jawatan yang tinggi di peringkat nasional, ia akan menjejaskan keupayaan saya untuk berkhidmat di Kedah, saya kena cari satu imbangan antara tanggungjawab ini," jelasnya.


ads

1 comments:

1 Melayu berkata...

Sebenarnya Dato Mukhriz bukan lagi dikira dalam kelompok pemuda,dalam usia yang telah mencechah 48 tahun adalah wajar beliau diberi ruang untuk bertanding dan seterusnya memikul tanggungjawab yang lebih tinggi didalam hiraki UMNO.Masanya sudah sampai dan amat tepat sekali bagi beliau menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates