Jumaat, 20 September 2013

DOSA MUKHRIZ HANYA KERANA BER 'BIN' KAN MAHATHIR....

Penulis Tamu: Sobri Sudin

Realiti pertama yang harus difahamkan pada semua perwakilan UMNO dan para peminat UMNO sendiri termasuk rakan-rakan dari PAS dan pembangkang ialah Mukhriz adalah Mukhriz dan Mahathir tetap Mahathir.

Sudah kedengaran semenjak sebelum PRU ke-13 yang lalu lagi, bahawa kononnya Mukhriz adalah pemimpin yang ditunjuk dan hasil pengaruh Mahathirlah, PM Najib terpaksa menjulang Mukhriz menjadi MB Kedah dengan mengorbankan otai lama seperti Bashah yang pada waktu itu mengemudi UMNO Kedah selaku Pengerusi Perhubungan.

Hakikat yang perlu diketahui oleh orang luar dari Kedah, kemenangan BN di Kedah bukan kerana aura atau pengaruh sesiapa. Akan tetapi kemenangan kembali berpihak kerana sentimen kematangan politik pengundi di Kedah. Lebih penting kemenangan BN adalah anugerah Allah setelah PAS yang mendakwa lebih Islam dari segala-galanya pincang dengan amanah dan ujian yang Allah berikan. Justeru itulah selain kaedah formal modelling, analisis statistik deskriptif, tinjauan pendapat atau poll, pelbagai indikator diambilkira sebagai angkubah dalam menentukan kejayaan sesebuah parti politik mengunguli kuasa.

Kebangkitan rakyat dan kesedaran mereka malah dikalangan ahli totok PAS sendirilah setelah melihat kemandulan dan kegagalan serta sikap hipokrit pimpinan PAS menyebabkan keputusan undian rakyat kembali memihak pada BN.

Harus juga difahami, sosio-budaya rakyat Kedah tidak pernah menunjukkan rasa marah secara terbuka. Mereka cukup bijak menilai dalam mencatur dan mewujudkan kesimbangan politik melalui konsep check and balance. Lantaran itulah, Mahathir sendiri pernah ditewaskan pengundi Kedah di Kota Setar Selatan dalam PRU 1969. Tokoh besar seperti Hamid Othman juga pernah tumbang di Sik, selain tokoh heavyweight PAS dan PKR seperti Mat sabu dan Saifudin Nasution yang pernah menang dan tewas di Kedah. Tiada apa yang nak dihairankan, kerana itulah maturity anak Kedah dalam menobatkan kepimpinan.

Kini apabila Mukhriz mengumumkan hasrat bertanding jawatan kanan parti, timbul lagi cucukkan jarum basi yang melencongkan fikiran ramai ahli kononnya Mahathir turut campurtangan. Apatah lagi sebelum pengumuman dibuat Mukhriz, telah terbit tulisan Mahathir diblognya selain promosi dalam akhbar arus perdana tentang kenyataan Mahathir yang menyebut pentingnya UMNO diwarisi dan diberi nafas baru oleh pimpinan muda agar tidak diresapi dan dihinggapi penyakit tua. Realitinya, 'kenyataan Mahatir' bukanlah benda baru, kerana Pak Man di Alor Setoi, atau Pak Mid di Lana Bulu serta Kak Zah di Hutan Keriang antara ahli UMNO veteran juga mengetahui dan telah berbuih bercakap mengenai penyakit yang dihidapi UMNO. Bezanya Mahathir antara yang punyai pengikut justeru apa yang diluahkannya semestinya dianggap benda baru..

Sama ada Mahathir memberi kenyataan atau tidak bukanlah perkara penting. 150,000 perwakilan UMNO di 191 Bahagian sudah bijak membuat keputusan. Jika bersungguh mahu meremajakan parti, agar parti disuntik nafas baru, apa salahnya tokoh baru, idea baru diterap dalam parti. Kenapa harus ada kenyataan double standard dan cakap tidak serupa bikin?

Jika UMNO sudah meminda perlembagaannya pada tahun 2009 dan dikuatkuasakan untuk mendemokratikkan parti dan memberi kelonggaran kepada sesiapa jua bertanding hanya dengan syarat minima kenapa pula kini harus didebatkan kononya pertandingan akan memecahbelahkan dan kemasukan muka baru seperti Mukhriz dilihat ibarat kaduk naik junjung dan tamakkan kuasa?

Kenapa kalau kena pada orang lain dibolehkan dan kena pada indvidu yang berpotensi pelbagai macam alasan pula diberi?


Inilah antara barah dalam UMNO yang sukar diubati, tidak konsisten, kenyataan yang suka diubah-ubah seperti mengubah tiang gol sehingga si penyerang sukar menjaringkan gol. Ada pula dua set undang-undang yang berbeda selain tanggapan yang dibuat ikut suka.

Sudah-sudahlah, dah lama dah kelaku dan perangai jengkel tipikal feudalisme UMNO. Berbeza pendapat dikata derhaka, demikian antara tuduhan atas Mukhriz suatu ketika dulu semasa menyatakan kebenaran pada Pak Lah ketika Pak Lah PM. Menawarkan diri mahu membawa perubahan pada parti dikatakan gelojoh dan kaduk naik junjung selain dicap pula menggunakan pengaruh bapanya.

Sepatutnya nilai kebolehan, upaya, sikap, stail kepimpinan, dan track record calon bukannya kita membebel akan perkara yang bukan-bukan. Jadilah profesional, objektif dan teliti selain melakukan risk management dalam memilih pemimpin. Lihat juga persekitaran masa depan, jangkaan kini, dan ekspektasi ahli dan rakyat. Jika semua itu dilakukan dengan secara 'holistik' maka tidak ada salah dan cacat celanya untuk siapa sahaja menawarkan diri bertanding termasuk Mukhriz.
Lebih penting, harus diingat biarkanlah perwakilan yang menentukan untung nasib Mukhriz. Dan jika Allah s.w.t sudah mentakdirkan bahawa Mukhriz akan dinobat ke jawatan kanan parti, tiada satu tangan pun yang boleh menghalangnya. Demikian juga jika takdir menentukan yang Mukhriz akan tewas, maka tiada satu kuasa apapun yang boleh memenangkannya..

p/s:Kadang-kadang naik majai dan jemu dengan perangai feudal UMNO yang tak habis-habis, tapi apa boleh buat, 'politik ni' ibarat 'BENCI TAPI RINDU'..


ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bila berckp ttg dosa pahala, mesti di dasarkan pada Tuhan iaitu Allah swt. Dari tajuk posting ini nampak sgt menyebelahi pd sesaorang hingga mempermainkan ketentuan Ilahi. Sudah2 lah mengagungkan manusia. Cuba2 renung apakah tajuk ini wajar? walaupun tanpa niat memperlekehkan tetapi telah tertutur bahasa yg amat kurang enak. maaf jika terdapat khilaf pendapat, sempadan diantara yg haq dan bathil itu umpama mata hitam dan mata putih. wallahu alam

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 politik diberi peluang oleh rakyat untuk menunjukkan kebolehan mereka. Pemimpin2 perlu memajukan negeri/negara dan bukannya mencari kesalahan orang lain.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates