Rabu, 4 September 2013

Kuda Trojan

1. Selepas PRU 13, Pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim nampak sunyi sepi tanpa banyak isu yang mampu dikemukakan kepada rakyat agar membenci kerajaan. Ini berlaku kerana keyakinan penyokong pembangkang kepada Anwar tergugat teruk apabila tewas dan kehilangan 2 negeri (Kedah dan Perak) disebalik keyakinan besar yang ditanam Anwar seolah-olah Pakatan akan menang besar dan menguasai Putrajaya.

2. Di Kedah isu-isu cuba dibangkitkan melalui fitnah seperti MB buat renovasi pejabat, naik bot mewah dan sebagainya nampak semakin memakan diri. Kekerapan MB melawat ustaz Azizan di hospital (yang tidak dihebahkan) membuktikan bahawa MB baru bukan bersifat bermusuhan, malah membawa pentadbiran dengan nilai persaudaraan yang tinggi.

3. Tanpa suasana benci membenci, pembangkang seolah-olah semput dan hampir kehabisan nyawa. Nafas baru perlu di cari, dan Anwar Ibrahim tidak boleh duduk diam begitu sahaja sebagai pemimpin besar pembangkang.

4. Mengenali Anwar Ibrahim, beliau adalah seorang genius dan tidak mungkin kehabisan idea. Namun tanpa meletakkan kuda trojan didalam kerajaan, mana mungkin pintu tembok dapat dibuka sebesar-besarnya.

5. Demi menyelamatkan Anwar, harga minyak bukan saja dinaikkan, tetapi dinaikkan secara mengejut untuk memastikan impak kemusnahan imej kerajaan begitu besar. Ditambahkan burukkan lagi bilamana berita kenaikan harga minyak ini didahului akhbar on-line pembangkang.

6. Seolah-olah tidak faham sensitiviti rakyat terhadap kenaikan harga minyak, penjelasan berkenaan kenaikan tidak diberikan dengan baik, malah kekeliruan nilai subsidi antara RON 95 dan RON97 juga menimbulkan pertanyaan tahap ketelitian kerajaan terhadap fakta dan angka.

7. Penjelasan mungkin akan dibuat seminggu kemudian apabila hati rakyat sudah tebal dengan kemarahan dan sudah menetapkan hati. Apa gunanya lagi.

8. Sudah beberapa kali keputusan dan kenyataan kerajaan seperti kenaikan harga minyak, negara akan bangkrap dibuat oleh kumpulan penasihat Perdana Menteri seolah-olah memberi nafas kepada pembangkang untuk terus menimbulkan kemarahan rakyat.

9. Kerajaan Troy yang kuat dan tidak mampu ditewaskan oleh Greek pun boleh tewas hanya dengan Kuda kayu, tidak mustahil BN akan tewas jika terus menyimpan kuda kayu.




ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

PEMANDU adalah Trojen Horse kerajaan Najib.

Tunggu je lah sampai bila PM boleh tahan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates