Ahad, 22 September 2013

@MukhrizMahathir #MM4VP #5 Ketua Bahagian Jerlun

Umno Jerlun Kompromi Ketua Bahagian Diterajui Mukhriz

ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) -- Penyandang tiga jawatan penting Umno Bahagian Jerlun bersepakat menyerahkan jawatan ketua bahagian itu kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Ketuanya, Datuk Abu Hassan Sariff yang mengumumkan keputusan itu di Wisma Umno Jerlun, 30 km dari sini hari ini berkata beliau, timbalannya Datuk Othman Aziz dan naib ketua, Aziz Mahmud rela turun 'pangkat' untuk memberi laluan kepada Mukhriz menang tidak bertanding sebagai ketua bahagian.

Katanya beliau menerima jawatan timbalan, Othman sebagai naib ketua manakala Aziz akan dilantik sebagai setiausaha bahagian.

Ketiga-tiga 'orang kuat' bahagian itu yang berucap pada majlis memperkenalkan calon-calon bahagian itu senada berkata pengorbanan mereka demi untuk menguatkan parti bagi mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum ke-14.

"Saya harap esok tiada siapa akan serahkan borang mencalonkan diri sendiri untuk bertanding jawatan ketua, timbalan dan naib ketua bahagian melainkan kami bertiga.


"Saya harap ahli Umno Jerlun memberi sokongan padu kepada keputusan ini yang dicapai melalui musyawarah," kata Abu Hassan yang mendapat sokongan padu hampir 500 wakil cawangan yang hadir.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan orang terakhir berucap berkata keputusan itu yang dicapai atas kerelaan hati akan memudahkan pemilihan bahagian Jerlun.

"Sebenarnya saya ditawarkan jawatan ketua bahagian Jerlun dua tahun lalu. Sekarang masa sesuai untuk menggalas jawatan ini," katanya yang turut dipilih sebagai ketua cawangan Kampung Pida 3, Tunjang, baru-baru ini.

Mukhriz turut mengumumkan ketua Wanita Jerlun tidak ditandingi dan kekal diterajui Datuk Maznah Hamid dan timbalannya Rohani Md Arip.

Semua calon yang hendak menawarkan diri bertanding peringkat bahagian akan menyerahkan borang pencalonan di Dewan Wawasan Jitra, bermula 8.30 pagi hingga 5 petang esok.

-- BERNAMA


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates