Ahad, 27 Oktober 2013

PAS pakar Menipu


PAS sanggup melakukan apa saja hatta menyelitkan doa untuk kemenangan mereka di rumah mana-mana orang yang boleh mereka gunakan dalam kempen mereka. PAS tiada had dalam berpolitik. PAS bersedia melanggar hukum Allah dan tatasusila perhubungan sesama manusia demi untuk menang dalam pilihanraya. Malah PAS tidak segan dan silu memperalatkan Islam demi mencapai politik sempit mereka.

Tidak heranlah jika kita lihat PAS tidak berjuang mempertahankan kalimah Allah dari diputarbelitkan Kristian dalam bible mereka.

Jika kerbau atau lembu boleh bercakap, sudah pasti PAS akan mempergunakan sepenuhnya mereka demi untuk memuaskan hati serta memenangi pilihanraya. Mungkin PAS akan mengkafirkan lembu dan kerbau, jika kedua-dua binatang ini boleh bercakap, hatta mengundi. Apa nak diherankan kerana jika orang UMNO menyembelih lembu dan kerbau pun orang PAS tidak makan!

Adab orang Melayu ialah menerima siapa saja yang sudi menziarahi mereka. Niat pelawat adalah perkara terakhir difikirkan. Tetapi jika PAS melawat sesiapa tanpa diduga, maka niat nombor wahid mereka adalah semata-mata keuntungan politik. Inilah PAS. Tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka.

Pak Baharom yang mengidap sakit angin ahmar pun dijadikan bahan politik PAS. Kesahitan dan kesusahan Pak Baharom dijadikan modal untuk menaikkan nama mereka. Keihlasan Pak Baharom menerima dan mengaminkan doa mereka, rupa-rupanya dijadikan bahan kempen buruk mereka.

Sungai Limau bakal menjadi saksi betapa PAS tidak ragu-ragu melanggar tatasusila adat Melayu dan ajaran Islam. Saksikanlah




ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates