Ahad, 6 Oktober 2013

Bukti Bergambar : Syed Rosli (Calon KP Malaysia) tak puas hati cara berkempen Ketua Pemuda UMNO kali ini .... ??


Hari ini Kedahtimes terpandang satu berita di dalam portal pro pembangkang malaysiakini yang menyiarkan satu artikel mengenai dakwaan seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding tiket Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang melawan penyandang sedia ada KJ, dimana Syed Rosli mengatakan bahawa KJ telah melakukan salah guna kuasanya sebagai Menteri Belia dan Sukan dengan menggunakan jentera kerajaan dalam menjalankan kempen beliau mempertahankan jawatan Ketua Pemuda. (Baca di sini)
Kedahtimes beberapa hari lepas juga pernah menyiarkan isu ini dan sehingga kini Kedahtimes menanti apakah tindakan segera Jawatankuasa Disiplin Parti terhadap pendedahan perkara sebegini ?

Bukankah perbuatan KJ berada dan berucap di dalam majlis ini boleh dianggap telah melanggar aturan yang telah digariskan oleh parti ?

Jelas kelihatan (bukti bergambar sekitar Majlis Ramah Mesra KBS di Kg Pandan) menunjukkan bahawa Majlis Ramah Mesra tersebut dihadiri oleh golongan 'sasaran' yang terdiri dari majoriti lelaki muda Melayu.

Tidak ada kelihatan beliawanis dan tiada juga kehadiran dari belia-belia bukan Melayu.

Ini boleh menimbulkan syak dan keraguan munasabah terhadap sekalian ahli-ahli UMNO yang melihat perkara ini, termasuklah Syed Rosli sendiri sebagai calon.

Seandainya benarlah bahawa KJ menggunakan pentas Kementeriannya (Belia dan Sukan) untuk pusing satu Tanah Melayu dalam masa seminggu ini bagi menghadapi musim Pemilihan UMNO, maka sesuatu tindakan tegas patut di ambil oleh JKuasa Disiplin Parti. Barulah segala garis panduan yang telah dikeluarkan oleh parti akan lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh semua calon !

Anda Lihat Sahaja Hadirin Yang Hadir Ke Majlis Ramah Mesra itu.




ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates