Ahad, 27 Oktober 2013

Daftarkan Kopiah Putih sebagai Hak Intelek PAS


"Intellectual property (IP) is a legal concept which refers to creations of the mind for which exclusive rights are recognized". Kalau dalam bahasa orang bawahan ialah hak milik intelek yang sah dari segi undang-undang.

Isu DPMM memakai lebai putih sepanjang berkempen di Sg Limau menjadi hangat apabila blogger Pro PAS mengibaratkan pemakaian tersebut sebagai tanda betapa hipokritnya DPMM. Mungkin sudah tiada isu lain yang nak mereka mainkan, maka lebai putih yang sering dipakai oleh umat Islam dijadikan isu bagi menunjukkan ketidakIslaman seseorang itu.

KedahTimes nak menyarankan kepada blogger-blogger PAS yang sering menganggap kopiah putih, syurga, Islam, hudud dan sebagainya supaya daftarkan semua ini sebagai hakmilik tetap PAS- Rujuk kepada maksud IP di atas. Cuma Allah saja jangan daftarkan menjadi hakmilik PAS kerana PAS telah menjualnya kepada orang kristian.

Ini bagi menyenangkan umat Islam yang lain utk tidak sewenang-wenang menggunakan semua tersebut tanpa kebenaran PAS. Jika guna, sudah pasti PAS akan tuduh dengan pelbagai tuduhan yang buruk.

Apakah amat salah jika DPMM memakai kopiah putih? Beliau juga Islam dan menunaikan tuntutan Allah.

BadrulAmin yang berkopiah putih pun ditangkap bersama wanita di bilik hotel pada pukul 3 pagi. Mustafa Ali yang video nya terang-terang bersama wanita dalam bilik juga memakai lebai putih. 

Apakah bukan ahli PAS yang akhlaknya lebih baik dari orang PAS sendiri tidak layak memakai kopiah putih amat tidak masuk akal. 

KedahTimes tidak boleh bayangkan jika PAS membina jalan kelak, apakah orang bukan PAS tidak dibenarkan menggunakannya?


Kedah Times: Tak heranlah jika kita lihat lebai putih sekarang ini sudah diletak logo PAS dan Kedah Sejahtera,
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates