Selasa, 1 Oktober 2013

#MM4VP Berani Berubah ?

Slogan berani berubah adalah membawa kepada satu maksud dimana UMNO perlu satu perubahan besar demi survival politik organisasi itu. Ahli dan parti UMNO perlu  bangkit untuk menjadi ummah dan organisasi yang lebih cemerlang, utuh dan kuat dalam segala segi. Keberanian untuk berubah dalam setiap individu amatlah diperlukan demi mencapai matlamat tersebut.

Untuk itu UMNO Malaysia memerlukan seorang ikon dan tokoh yang boleh membawa perubahan itu. Jawatan Naib Presiden adalah jawatan yang sesuai untuk ikon dan tokoh tersebut - Datuk Mukhriz. Agenda transformasi UMNO dapat diperkukuh dan dipercepatkan lagi dengan adanya tokoh muda yang agresif, berwawasan dan bijak.

Keperluan untuk berani berubah setiap rakyat Malaysia amnya dan ahli UMNO khasnya bakal mewujudkan satu gelombang transformasi yang bermatlamatkan kepada perjuangan kepada kecemerlangan. Cemerlang dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik, peribadi dan sebagainya.

Harapan rakyat ialah agar pihak pemimpin dapat menerima gerakan ini sebagai satu landasan bersama untuk memperjuangkan kecemerlangan UMNO Malaysia dan ahlinya.

Datuk Mukhriz dan lain-lain pemimpin UMNO yang sanggup berubah adalah ikon atau idola rakyat yang dirasakan dapat memimpin rakyat ke arah kecemerlangan tersebut.

BERANI BERUBAH. INSYAALLAH  ahli UMNO Boleh. Ayuh bersama DPMM sebagai Naib Presiden UMNO Melaysia.

1 comments:

beribesaq berkata...

syabash gelombang merah kerana berani berubah...bernaikan ketua-ketua Bahagian dan ahli umno kedah berubah. Beranikah Ketua Bhg Padang Terap, Merbok, Sungai Petani, Pdg Serai, Baling berubah ke araha kebaikan...semua ketua-ketua Bhg ni adalah antara warloard yang merupakan pemimpin tegar sukar berubah tetapi terus menagih jawatan dan kuasa...boleh kah berubah...apa tu berubah....siapa nak berubah..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates