Selasa, 1 Oktober 2013

#MM4VP UMNO Perlu Idea Baru

Alhamdulillah, DMM telah secara rasminya menjadi Ketua Cawangan, Ketua Bahagian Jerlun dan Pengerusi UMNO Kedah.

Kini beliau menerajui Kedah dengan slogan Kedah Darul Aman dan Makmur.

Suasana di Kedah sudah nampak berubah. Tanpa disedari banyak yang diperbaiki dan dilakukan secara diam-diam.

Kita DPMM menawarkan pakej beliau untuk membantu dan memperkasakan UMNO Malaysia sebagai NAIB PRESIDEN.

Sebelum ini, Kedah Times sudah menyiarkan artikel yang banyak menyentuh tentang keperluan UMNO Kedah mempunyai seorang IKON dan TOKOH yang disukai  personaliti beliau. Tokoh ini mesti bersih dan berkaliber dengan karektor-karektor baik dan disukai. Karismanya amat diperlukan demi menarik sokongan hatta dari penyokong pembangkang.

Beliau yang merupakan MB Kedah Darul Aman, Ketua Bahagian Jerlun serta Ketua Cawangan PIDA 3. Maka elok sangatlah jika Naib Presiden menjadi jawatan seterusnya demi untuk memaju dan memperkasakan UMNO..

Kebolehan dan ketokohan beliau menerajui Kedah dalam masa yang singkat sudah menampakkan perubahan. Makmal-makmal transformasi yang diadakan sudah dan sedang bergerak pantas. Cuma perlaksanaan saja yang sedang dirancang.

UMNO memerlukan TOKOH atau IKON seperti ini untuk memantapkan lagi organisasinya serta minat generasi baru terhadap UMNO.

Maka adalah menjadi satu keuntungan besar kepada UMNO jika tokoh dan ikon ini dapat bersama UMNO Pusat sebagai Naib Presiden dalam menerajui UMNO ke satu dimensi baru alaf ini.

GO for DPMM ...


5 comments:

Tanpa Nama berkata...

setuju

1Melayu berkata...

Maklukmat yang perisik rakyat dapat dari akar umbi terutama sekali golongan remaja mereka amat selesa bila menyertai program Dato Mukhriz,bagi mereka Dato Mukhriz adalah IKON mereka dan harus diberi peluang untuk memimpin negeri mahupun negara.

Sejak Dato Mukhriz memenangi Parlimen Jerlun dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri MITI,beliau didapati dapat melaksanakn tugasnya dengan cukup baik dan efisien.

Program mesra rakyat bersama Dato Mukhriz yang penulis pernah ikut serta hampir diseluruh negeri Kedah dan sebahgianya diperingkat Negara mendapat sambutan yang cukup baik dan rakyat datang dengan cara sukarela tanpa dibayar atau ditaja oleh mana mana pihak.Ini menandakan rakyat mahu lihat perubahan dan perubahan ini boleh dibuat oleh seorang pemimpin muda yang bernama Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir.

mohd ismail osman berkata...

seperti sireh pulang keganggang.aku sokong sangat tokoh anak muda ini.janganlah kerana dia anak tun.tapi kerana karismanya yang agak istimewa.cuma pada tokoh muda ini berhati lah dalam politik dikeliling banyak juga tungau halus yg melata nanti.dato mukhriz kena jauhi gejala tidak baik seperti main judi dan kaki betina.aku rasa tokoh muda ini masih bersih.kedah perlu pemimpin yg hebat amanah dan jangan mudah sombong termasuklah isterinya nanti.isteri juga mempunyai saham dalam mengirigi suami sebagai pemimpin seperti bondanya tun hasmah yg amat ku kagumi.semoga allah panjangkan umur mereka.amin

Tanpa Nama berkata...

Until new, he is the best TOKOH lah. DSNTR kena ambil srios fasal ni, kerana DM boleh ujud banyak pembaharuan (politik dan pembangunan). Nw kerja DM di pusat mesti kasi sikit kurang laaa...

Jangan nak jaga hati KJ yg bermusuh dng DM tuuhh... Tak bersabit puuunnn.... Ada kemungkinan semua tokoh Kedah berhenti politiking sesama sendiri. Sbb DM ni amat banyak bersihnya.

Tak percaya, cuba.

dzimba MMIM berkata...

Salam bro.. mohon pautan http://pantausblog.blogpsot.com

terima kasih

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates